awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tidak 'dijajah' China - Liow

Bernama
Bernama
12/09/2017
10:38 MYT
Malaysia tidak 'dijajah' China - Liow
LIOW: Di Malaysia, China bukan nombor satu. Ia berada di belakang negara lain. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menyelar pihak berkenaan yang mendakwa Malaysia terlalu bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) dari China.
Tegasnya Malaysia tidak 'dijajah' oleh China menerusi FDI, dan menambah dakwaan itu sekadar manipulasi politik.
Sekalipun FDI dari China meningkat sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Liow tegaskan pelaburan China bukan yang terbesar di negara ini.
"Di Malaysia, China bukan nombor satu. Ia berada di belakang negara lain. Kita ada (pelaburan) Jepun, Amerika Syarikat malah negara-negara ASEAN.
"Sesetengah pihak menuduh Malaysia dijajah oleh China menerusi FDI, ini tidak benar. Ini manipulasi politik," katanya kepada pemberita di sini.
Liow yang sebelum itu merasmikan Pameran dan Persidangan O2O dan Runcit Asia pertama, ditanya mengenai dakwaan pembangkang bahawa Malaysia terlalu bergantung kepada FDI dari China untuk pertumbuhan ekonominya.
Mengulas lanjut, Presiden MCA itu berkata beliau gembira China memilih Malaysia sebagai antara destinasi FDInya.
"Kita memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi dan negara. Semua tuduhan ini tidak berasas. Saya percaya rakyat akan faham bahawa semua negara bergantung kepada FDI," katanya.
Mengulas perkembangan lain, Liow berkata Malaysia kini pada kedudukan yang baik dan di landasan tepat untuk menjadi hab logistik di rantau ini, dan menambah kemudahan terbabit termasuk penubuhan Zon Perdagangan Bebas Digital di KLIA Aeropolis dan penambahbaikan beberapa pelabuhan di seluruh negara, akan merangsang pertumbuhan e-dagang.
"Inisiatif terbabit akan mempermudah penglibatan perusahaan kecil dan sederhana dalam e-dagang selain mewujudkan peluang baharu untuk mereka meneroka pasaran luar negara," katanya.
Topic Berkaitan
#China
#china jajah malaysia
#ekonomi
#FDI
#jajah
#Liow Tiong Lai
#Malaysia
#manipulasi
#perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan