awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tumpu pelaburan berteknologi tinggi dari Korea Selatan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
23/11/2019
23:04 MYT
Malaysia tumpu pelaburan berteknologi tinggi dari Korea Selatan
Pada tahun lepas jumlah perdagangan antara Malaysia dan Korea Selatan mencecah AS$19 bilion. - Gambar hiasan
Malaysia akan menumpukan kepada usaha meningkatkan pelaburan berteknologi tinggi dari Korea Selatan.
Duta Besar Malaysia di Korea Selatan, Datuk Mohd Ashri Muda berkata negara boleh mengambil kesempatan untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan hasil Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-ROK serta lawatan rasmi Perdana Menteri di Seoul.
Malah, Malaysia boleh mencuri tumpuan Korea Selatan susulan pendekatan New Southern Policy yang digunakan Presiden Moon Jae-in sejak 2017.
“Tumpuan kita adalah kepada teknologi tinggi yang melibatkan high capital investment. Seperti Vietnam, kos buruh mereka rendah berbanding Malaysia. Jadi pelaburan di Vietnam-ROK menumpukan kepada labour intensive investment.
“Jadi kita pula mengharapkan pelaburan yang berteknologi tinggi dan tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai. Itulah tumpuan kita kepada pelabur Korea,” katanya kepada media Malaysia di Busan pada Sabtu.
Pada tahun lepas jumlah perdagangan antara Malaysia dan Korea Selatan mencecah AS$19 bilion.
Ketika ini terdapat kira-kira 800 warga Malaysia berada di Korea Selatan.
Daripada jumlah itu 500 orang adalah pelajar Malaysia di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MARA dan kerajaan Korea Selatan.
Selebihnya adalah mereka yang bekerja di republik itu.
Topic Berkaitan
#asean-ROK
#duta besar malaysia di korea
#ekonomi
#Korea Selatan
#Malaysia
#mohd ashri muda
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan