Skip to main content

Malaysia

Penguatkuasaan pengesahan umur media sosial antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Dewan Rakyat hari ini bakal meneruskan dengan perbahasan dan jawapan kementerian bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 di peringkat jawatankuasa selepas selesai sesi soal jawab.
Dewan Rakyat hari ini bakal meneruskan dengan perbahasan dan jawapan kementerian bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 di peringkat jawatankuasa selepas selesai sesi soal jawab.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Status penguatkuasaan pengesahan umur media sosial dan sekatan perjalanan ke luar negara antara tumpuan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Wong Shu Qi (PH-Kluang) bertanyakan Menteri Komunikasi mengenai status penguatkuasaan pengesahan umur media sosial sejak 1 Jun lepas serta tindakan terhadap platform yang belum melaksanakan pengesahan serta status peralihan enam bulan pada sesi soal jawab.

Chow Yu Hui (PH-Raub) pula meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Lembaga Hasil Dalam Negeri berhak menyekat perjalanan ke luar negara kerana tunggakan Notis Bayaran Ansuran Cukai (CP500).

Advertisement

Beliau juga ingin tahu bila amalan itu mula dilaksanakan, bilangan orang disekat, asas perundangannya serta sama ada sekatan berdasarkan anggaran cukai yang belum dimuktamadkan adalah sah dan munasabah.

Selain itu, Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) bertanyakan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berhubung pencapaian terkini Program Peralihan Tenaga Solar yang Diperkukuhkan (Solar ATAP) dan SuRIA Home, termasuk jumlah kediaman yang telah menyertainya serta langkah kementerian untuk memperluas akses kepada golongan B40 dan M40 melalui rebat, skim sewaan atau pembiayaan mudah tanpa kos permulaan yang tinggi.

Advertisement

Usai sesi soal jawab, Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan dan jawapan kementerian bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2027 di peringkat jawatankuasa.

Persidangan Dewan Rakyat berlangsung selama 37 hari hingga 8 Dis ini.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement