awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Turkmenistan terus komited perkukuh kerjasama menerusi suruhanjaya bersama

Astro Awani
Astro Awani
19/12/2024
08:09 MYT
Malaysia, Turkmenistan terus komited perkukuh kerjasama menerusi suruhanjaya bersama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersama Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedow ketika sidang media bersama di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Malaysia dan Turkmenistan meneruskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama melalui penubuhan suruhanjaya bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, kata beliau, Menteri Luar kedua-dua negara akan melaksanakan inisiatif berkenaan pada awal tahun depan untuk mengukuhkan kerjasama mereka.
"Kita berdua komited untuk memastikan tahap kerjasama ini dipertingkatkan melalui penubuhan suruhanjaya bersama antara kedua-dua negara. Menteri Luar akan meneruskan kerjasama ini pada awal tahun depan," katanya pada sidang media bersama Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow sempena lawatan rasminya ke Malaysia di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menzahirkan rasa terima kasih atas sokongan berterusan Turkmenistan, khususnya dalam memudahkan operasi PETRONAS Carigali Sdn Bhd di negara Asia Tengah.
"Saya amat kagum dengan minat Presiden bukan sahaja dalam meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara negara tetapi juga pandangannya yang menyeluruh tentang apa dimaksudkan dengan pembangunan termasuk dalam bidang kebudayaan, serta usaha beliau dalam mempromosikan keamanan antarabangsa yang kami sokong sepenuhnya," katanya.
Sementara itu, dalam kenyataan bersama, kedua-dua pemimpin berkenaan menekankan kepentingan meningkatkan kerjasama dalam bidang pengangkutan, kebudayaan, pendidikan, pelancongan dan sukan yang akan menyumbang kepada memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan Turkmenistan.
Anwar dan Berdimuhamedow juga bersetuju bahawa dalam usaha menggalakkan hubungan dan pemahaman antara rakyat, program pertukaran antara institusi pengajian tinggi dan institut penyelidikan perlu diperkukuhkan lagi.
Kedua-dua pemimpin itu telah mengesahkan komitmen mereka untuk menggalakkan kerjasama lebih mendalam dalam bidang pendidikan tinggi dengan mengalu-alukan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara universiti awam dan swasta kedua-dua negara.
Kedua-dua pemimpin itu juga menyambut baik pemeteraian MoU dalam bidang pelancongan.
Mereka juga mengulangi bahawa cabaran antarabangsa termasuk isu Palestin, perlu diselesaikan melalui cara damai selaras dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan.
Anwar dan Berdimuhamedow turut menggesa akses tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan di wilayah Palestin dan menekankan kepentingan penyelesaian yang adil serta berkekalan bagi cabaran membawa keamanan dan kestabilan di rantau ini.
Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Turkmenistan telah terjalin secara rasmi pada 1992.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Turkmenistan
#penubuhan suruhanjaya bersama
#Serdar Berdimuhamedow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan