awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WDS 2026 platform pendedahan teknologi pertahanan global - Mohamed Khaled
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia utamakan keamanan, tolak usaha tingkatkan pertahanan untuk serang negara lain - PM Anwar

Bernama
Bernama
06/09/2024
04:33 MYT
Malaysia utamakan keamanan, tolak usaha tingkatkan pertahanan untuk serang negara lain - PM Anwar
Anwar turut menyuarakan keterujaannya tentang lawatannya ke Rusia, dan beliau berhasrat untuk melawat St. Petersburg dan Moscow. - Foto Reuters
VLADIVOSTOK: Malaysia tidak menyokong sebarang usaha memperkukuh kuasa pertahanan untuk menyerang negara lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara bersama RIA Novosti dan RT, lapor Sputnik.
"Tetapi jika ditanya mengenai pendirian kami, ia adalah untuk keamanan. Oleh itu kami tidak menyokong sebarang usaha meningkatkan pertahanan atau persenjataan untuk menyerang mana-mana negara," kata Anwar di luar sidang Forum Ekonomi Timur (EEF).
Dalam temu bual yang sama, Anwar turut menyuarakan keterujaannya tentang lawatannya ke Rusia, dan beliau berhasrat untuk melawat St. Petersburg dan Moscow.
"Saya teruja. Saya akan menyebut dalam kuliah saya hari ini bahawa saya mengenali Rusia lebih melalui novel-novel (Boris) Pasternak, puisi Anna Akhmatova dan (Lev) Tolstoy.
"Saya sangat menantikan lawatan ke Moscow, khususnya St. Petersburg, yang saya rasa antara bandar paling menakjubkan di dunia," kata Anwar.
Forum Ekonomi Timur bermula pada Selasa hingga 6 September dan Sputnik ialah rakan media rasmi forum itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia utamakan keamanan
#Anwar Ibrahim
#memperkukuh kuasa pertahanan
#Vladivostok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan