RIYADH: Malaysia dan Arab Saudi pada Sabtu bersetuju membentuk sebuah jawatankuasa peringkat menteri bagi membawa jalinan kerjasama perdagangan, pelaburan dan ekonomi kedua-dua negara ke tahap baharu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Perdagangan Arab Saudi, Dr Majid Abdullah Alkassabi di Hotel Ritz-Carlton di sini, yang turut dihadirinya.
Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Duta Besar Malaysia di Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah.
"Jawatankuasa ini akan memantau perkembangan perdagangan, pelaburan dan ekonomi antara kedua-negara serta prospek kerjasama pada masa akan datang.
"Ini membuktikan keseriusan dan komitmen Malaysia dan Arab Saudi untuk meningkatkan lagi hubungan kerjasama perdagangan dan pelaburan ke tahap yang baharu," katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan perdana menteri di Arab Saudi.
Tengku Zafrul berkata pada masa ini Malaysia ialah rakan dagang kelapan terbesar bagi Arab Saudi.
"(Malaysia) menjadi antara 10 negara teratas perdagangan dengan Arab Saudi, membuktikan negara ini memilih untuk mengutamakan usaha sama dan kerjasama mengikut sektor dengan Malaysia," katanya.
Arab Saudi ialah rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Barat, dengan jumlah perdagangan dua hala mencatatkan US$10.26 bilion pada 2022, meningkat 159.2 peratus daripada 2021 (US$1=RM4.77).
Antara projek utama Arab Saudi di Malaysia ialah Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor oleh Saudi Aramco.
Fortune Global 500 pada 2021 meletakkan Saudi Aramco di tempat keenam teratas sebagai syarikat paling untung di dunia, dengan perolehan berjumlah US$105 bilion.
Terdahulu, Anwar mengadakan pertemuan dengan pemimpin syarikat dan firma ternama Malaysia dan Arab Saudi yang menjalinkan kerjasama perdagangan dan pelaburan.
Anwar kemudian menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Westar Aviation dan Mukamalah; DNEX dan Ajlan Bros; Twistcode dan Ajlan Bros; serta MGB dan Sany Alameria.
Perdana Menteri turut menerima kunjungan hormat Gabenor Public Investment Fund Arab Saudi, Yasir Al-Rumayyan untuk membincangkan prospek kerjasama dalam bidang pelaburan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 21 2023
Tengku Zafrul berkata, jawatankuasa itu akan memantau perkembangan perdagangan, pelaburan dan ekonomi antara kedua-negara serta prospek kerjasama pada masa akan datang. - Facebook Anwar Ibrahim
Menyamar pegawai NSRC, nilai kerugian lebih RM6.8 juta
Lebih RM6.8 juta nilai kerugian dicatatkan melibatkan kes penyamaran sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sejak 1 Januari lalu.
282 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah
Seramai 282 jemaah haji yang menaiki penerbangan pertama (KT1) dari Malaysia, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, di Madinah hari ini.
Hormat keputusan Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih - Zainal Abidin
Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan meminta semua pihak menghormati keputusan Selangor FC untuk tidak hadir bagi meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu sokong calon PH untuk kesinambungan pembangunan - Wan Azizah
Pengundi PRK Kuala Kubu Baharu perlu memberi sokongan kepada calon PH Pang Sock Tao, demi kesinambungan pembangunan di kawasan itu.
VGM rancang jadikan Malaysia sebagai hab eksport jenama Volkswagen - Tengku Zafrul
Menerusi hantaran di laman X pada Khamis, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa dalam pertemuan bersama pihak VGM, mereka telah berkongsi perancangan berkenaan.
VGM rancang jadikan Malaysia sebagai hab eksport jenama Volkswagen - Tengku Zafrul
Volkswagen Group Malaysia (VGM) merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab eksport bagi jenama Volkswagen.
Astro AWANI satukan pemain industri, pacu kewartawanan AI
Sekali lagi Astro AWANI terkehadapan menganjurkan platform perantara isu yang paling kerap dibualkan, terutamanya menghadapi teknologi kecerdasan buatan.
Kali ini Astro AWANI bersama-sama Universiti Nottingham Malaysia (UNM) berjaya menganjurkan sidang meja bulat “Kewartawanan dalam Zaman Gangguan Kecerdasan Buatan (AI) sebagai platform mengumpulkan para pemain industri tentang implikasi pengunaan teknologi ini terutamanya didalam dunia penyampaian berita berita.
Kali ini Astro AWANI bersama-sama Universiti Nottingham Malaysia (UNM) berjaya menganjurkan sidang meja bulat “Kewartawanan dalam Zaman Gangguan Kecerdasan Buatan (AI) sebagai platform mengumpulkan para pemain industri tentang implikasi pengunaan teknologi ini terutamanya didalam dunia penyampaian berita berita.
Semua pihak perlu hormat keputusan Selangor FC - Zainal Abidin
Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan meminta semua pihak hormat keputusan Selangor FC untuk tidak hadir bagi meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih yang juga aksi pertama Liga Super musim 2024-2025 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Malaysia harus rebut peluang lakukan pembaharuan dalam penyelidikan klinikal - PM
Malaysia harus merebut peluang, berusaha untuk melakukan pembaharuan, dan menghapuskan halangan kepada penyelidikan klinikal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ambil langkah proaktif perbaharui silibus mata pelajaran - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan agar Kerajaan Persekutuan mengambil langkah lebih proaktif dalam usaha meningkatkan kualiti sistem dan pendidikan negara.
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Arab Saudi, Maghribi, Mesir gesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza
Arab Saudi, Maghribi dan Mesir menggesa supaya satu gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza yang diserang secara berterusan oleh Israel.
Negara Barat cadang henti penjualan senjata dan sekat pemindahan teknologi ke Israel
Perbincangan itu bertujuan untuk melibatkan sebanyak mungkin negara dalam pakej "elemen tekanan" yang mengandungi cadangan mengenai sekatan ruang udara.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.