awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Indonesia komited pertingkat hubungan pertahanan

Bernama
Bernama
16/06/2020
11:42 MYT
Malaysia-Indonesia komited pertingkat hubungan pertahanan
Hubungan pertahanan turut diperkukuh melalui beberapa inisiatif keselamatan sub-rantau iaitu Rondaan Selat Melaka (MSP) dan Perjanjian Kerjasama Tiga Hala (TCA) bersama-sama dengan Filipina.
Malaysia dan Indonesia akan pertingkatkan lagi hubungan pertahanan dua hala dan menekankan pentingnya memperluas kerjasama sedia ada demi kepentingan bersama walaupun berdepan dengan situasi penularan pandemik COVID-19.
Kementerian Pertahanan dalam kenyataan berkata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya daripada Indonesia Prabowo Subianto telah mengadakan sidang video pada 4.30 petang hari ini, dengan kedua-dua menteri memperakui hubungan kukuh yang telah sekian lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia.
"Mereka telah mengadakan perbincangan terbuka merangkumi pelbagai topik yang mencerminkan keakraban kedua-dua negara. Hubung pertahanan antara Malaysia dan Indonesia terus berkembang melalui Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) yang ditubuhkan pada 1972.
"Hubungan pertahanan turut diperkukuh melalui beberapa inisiatif keselamatan sub-rantau iaitu Rondaan Selat Melaka (MSP) dan Perjanjian Kerjasama Tiga Hala (TCA) bersama-sama dengan Filipina," katanya.
Menurut kenyataan itu, Prabowo juga mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri atas pelantikannya sebagai Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) dan Menteri Pertahanan.
Sebelum sesi sidang video itu, Ismail Sabri menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia Md Shahidul Islam.
"Antara perkara dibincangkan pada pertemuan itu adalah mengenai usaha untuk memperkukuh hubungan pertahanan dua hala antara Malaysia dan Bangladesh serta isu berkaitan kebimbangan bersama seperti isu berkaitan penularan COVID-19, termasuk penghantaran pulang migran tanpa dokumen daripada Bangladesh," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Indonesia
#kerjasama
#Malaysia
#pandemik
#pertahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan