SKUAD hoki negara terus menerima tamparan dalam persiapan menghadapi kempen Piala Dunia 2018 di Bhubasneswar, India, selepas mengalami kekalahan kedua kepada New Zealand dalam perlawanan ujian kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Selasa.
Pasukan bimbingan Roelant Oltmans itu tumpas 3-4 kepada New Zealand, selepas kalah 1-2 dalam perlawanan ujian pertama di venue yang sama pada 16 Nov lepas.
Pada aksi pada Selasa itu, skuad 'The Black Stick' itu terlebih dahulu berada di hadapan pada minit keempat menerusi gol padang yang menarik daripada George Muir, sebelum Aidan Sarikaya menggandakan jaringan pada minit ke-20.
Pasukan Malaysian Tigers berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi gol padang Firhan Ashari, selang satu minit kemudian.
Dalam suku ketiga permainan, bermula daripada pukulan sudut penalti, penyerang prolifik kebangsaan Faizal Shaari berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-42.
Namun, segala-galanya berubah pada suku keempat perlawanan apabila New Zealand berjaya menjaringkan dua lagi gol melalui pukulan sudut penalti Shea McAleese pada minit ke-47 dan Kane Russell (minit ke-51) manakala Malaysia hanya menambah satu gol hasil jaringan Nabil Fikri pada minit ke-48.
Malaysia, pemenang pingat perak Sukan Asia 2018, terus berusaha mendapatkan gol penyamaan, namun gagal menembusi gawang pasukan nombor kesembilan dunia itu, biarpun mengubah strategi kepada 'powerplay' dengan membawa masuk pemain bahagian hadapan bagi menggantikan penjaga gol, tetapi usaha itu tidak berhasil sekali gus menyaksikan skuad negara tumpas buat kali kedua.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Oltmans berkata masih ada ruang buat pasukannya untuk memperbaiki corak permainan mereka sebelum berlepas ke India pada 25 Nov ini.
"Kita perlu memperbaiki bahagian pertahanan yang saya lihat agak rapuh. Pada suku ketiga perlawanan, pemain kita berjaya menemui kembali rentak permainan, namun di suku keempat, New Zealand mengubah strategi dan berjaya menjaringkan gol," katanya.
Skuad negara akan sekali lagi berdepan pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2018 itu dalam perlawanan ujian ketiga pada Khamis ini, di venue yang sama.
Malaysia dijangka berdepan tugas berat dalam kempen Piala Dunia 2018 yang dijadual berlangsung dari 28 Nov hingga 16 Dis ini, selepas diundi dalam Kumpulan D bersama-sama tiga bekas juara dunia - Pakistan, Belanda dan Jerman.
Dalam edisi lepas pada Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda, Malaysia menamatkan cabaran di kedudukan tercorot daripada 12 pasukan yang bersaing pada kejohanan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 20 2018
Pemain New Zealand Inglis Hugo (tengah) cuba merebut bola daripada pemain Pasukan Malaysia Ramadan Rosli (kiri) pada perlawanan persahabatan hoki di antara Malaysia dan New Zealand di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Selasa. - Foto Bernama
Universiti disaran contohi usaha UiTM tingkat kemudahan OKU
Pengurusan UA dan universiti swasta disaran meningkatkan pengurusan dan kemudahan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di institusi masing-masing.
KKM akan umum pelan Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan
Pelan Reformasi Pembiayaan Penjagaan Kesihatan bertujuan memperkukuh dan menambah baik sistem penjagaan kesihatan di negara ini.
Aminuddin pelawa firma New Zealand teroka peluang di Negeri Sembilan
Kalangan syarikat New Zealand dipelawa meneroka usaha sama dengan Negeri Sembilan, khususnya dalam industri halal yang sedang berkembang pesat.
Penyasaran subsidi diesel langkah berani kerajaan terhadap kelestarian ekonomi - Pakar
Tindakan berani itu membuktikan komitmen kerajaan terhadap tanggungjawab fiskal dan kelestarian ekonomi negara untuk jangka panjang.
KDNK enam negara ASEAN dijangka pulih kepada 4.5 peratus tahun ini - Maybank Research
KDNK enam negara ASEAN dijangka pulih kepada 4.5 dan 4.7 peratus masing-masing pada 2024 dan 2025, daripada 4.0 peratus pada 2023.
Wei Chong-Kai Wun perlu lebih berani tekan lawan - Rexy
Rexy Mainaky mahu naib juara Terbuka Indonesia 2024, Man Wei Chong-Tee Kai Wun lebih berani 'menekan' lawan yang juga gandingan handalan dunia.
Penipuan ujian kenderaan: Jepun periksa ibu pejabat Honda
Honda menjadi syarikat keempat yang diperiksa di bawah undang-undang kenderaan pengangkutan jalan raya selepas Toyota Motor Corp., Yamaha Motor Co., dan Suzuki Motor Corp.
Blinken tiba di Mesir, dijangka desak gencatan senjata di Gaza
Dalam lawatan kerja tersebut, Blinken dijadual bertemu Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, di Kaherah sebelum ke Israel untuk mengadakan pertemuan dengan Benjamin Netanyahu.
Puak haluan kanan tengah umum kemenangan
Puak kanan tengah Kesatuan Eropah (EU) meraikan kemenangan selepas keputusan sementara untuk pilihan raya Parlimen Eropah meningkatkan peluang Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen untuk penggal kedua, dalam undian yang turut menyaksikan lonjakan pihak sayap kanan.
Dua militan diburu dipercayai serang bas jemaah hindu
Pasukan penyiasat ketika ini sedang mengumpul bukti di lokasi kejadian termasuk serpihan, manakala kawasan hutan berhampiran dikawa rapi oleh pihak keselamatan.
Malaysian Tigers dikecewakan New Zealand sekali lagi
Skuad hoki negara terus menerima tamparan dalam persiapan menghadapi kempen Piala Dunia 2018 di Bhubasneswar, India, selepas mengalami kekalahan kedua kepada New Zealand dalam perlawanan ujian kedua d