awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Turkiye perkuat kerjasama menerusi perkongsian teknologi - PM

Bernama
Bernama
16/06/2022
20:00 MYT
Malaysia-Turkiye perkuat kerjasama menerusi perkongsian teknologi - PM
Malaysia-Turkiye akan memperkuatkan lagi kerjasama menerusi perkongsian teknologi, demikian menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia-Turkiye akan memperkuatkan lagi kerjasama menerusi perkongsian teknologi, demikian menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi, Ismail Sabri berkata perkara itu merupakan antara isu yang dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat Duta Besar Turkiye, Merve Safa Kavakci bersama-sama wakil dua syarikat gergasi industri pertahanan negara itu pada Khamis.
Beliau berkata Malaysia akan menerokai peluang kerjasama perkongsian teknologi dengan syarikat Turkiye.
"Makina Kimya Endustrisi Kurumu (MKE) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Servet Akkaynak dan Turkish Aerospace Industry (TAI) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Temel Kotil telah mempelawa saya untuk melawat kilang mereka di Turkiye.
"Mereka berminat menerokai peluang perkongsian teknologi khususnya dalam bidang aset pertahanan dan aeroangkasa. Insya-Allah, kita akan memperkuatkan lagi kerjasama Malaysia-Turkiye," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkongsian teknologi
#ismail sabri yaakob
#Merve Safa Kavakci
#Malaysia-Turkiye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan