awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tiada siapa boleh lawan kita" - Trump puji ‘kejayaan ketenteraan luar biasa’ di Venezuela
Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan
PM Anwar tiba di Ankara untuk lawatan rasmi tiga hari ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALBATT 850-13: Detik bersejarah dipahat, hampir dua dekad semai benih keamanan

Asyraf Malik
Asyraf Malik
16/11/2025
13:48 MYT
MALBATT 850-13: Detik bersejarah dipahat, hampir dua dekad semai benih keamanan
Upacara Serah Terima Tugas Komander dari Pasukan Batalion Malaysia MALBATT 850-12 kepada MALBATT 850-13 di Kem Marakah, Selatan Lubnan pada Sabtu. - Foto ATM
KUALA LUMPUR: Upacara Serah Terima Tugas Komander dari Pasukan Batalion Malaysia MALBATT 850-12 kepada MALBATT 850-13 selesai di Kem Marakah, Selatan Lubnan pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Upacara serah terima tugas Komander MALBATT 850-12 kepada MALBATT 850-13 di Kem Marakah, Selatan Lubnan disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.
  • MALBATT Malaysia dan Brunei menunjukkan penglibatan dalam menyokong perdamaian bersama Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sejak tahun 2007.
  • MALBATT 850-13, kontinjen terakhir dalam misi UNIFIL, telah mengambil tanggungjawab mempertahankan keamanan di Lubnan sebelum pulang ke negara masing-masing.

Upacara itu disempurnakan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar yang sedang dalam rangka lawatan operasi ke Lubnan.
"Hari ini merupakan satu detik bersejarah apabila penglibatan MALBATT Malaysia dan Brunei mendukung perdamaian bersama Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sampai ke penghujungnya, ia merupakan sebuah amanah besar yang kita pikul dengan penuh tanggungjawab.
"Kita tidak berada di sini untuk menguasai sesiapa, tetapi untuk memberi ruang kepada keamanan bertapak. Saudara saudari telah menunaikan amanah itu dengan penuh martabat.
"Hakikatnya masyarakat di Lubnan tidak menilai siapa kita berdasarkan kelengkapan dan persenjataan dimiliki, tetapi melalui cara kita mendengar, berinteraksi dan membantu.
"Itulah kekuatan sebenar MALBATT iaitu empati dan rasa hormat terhadap manusia menghadapi cabaran hidup," ujar Nizam dalam ucapan.
Untuk rekod, MALBATT 850-13 merupakan kontinjen terakhir menyertai misi UNIFIL selepas penglibatan sejak tahun 2007, sejurus perajurit negara pulang ke tanah air, tanggungjawab mempertahankan keamanan di Lubnan diserahkan kepada pihak tempatan.
Terdahulu, bumi anbiya itu bergolak pada awal tahun 2000-an selepas perang tercetus antara kumpulan militan, Hezbollah dengan Israel, selain kedudukan Lubnan di tengah ketegangan rantau Asia Barat.
Tambah Nizam, peralihan ini berlaku ketika misi memasuki fasa lebih kompleks sekali gus menuntut kejelasan hala tuju, penilaian dan keupayaan membaca medan secara menyeluruh.
"Keupayaan MALBATT 850-13 perlu diperkukuh melalui latihan silang bersama Angkatan Tentera Lubnan bagi memastikan kesiapsiagaan di lapangan sentiasa berada pada tahap tertinggi," katanya.
MALBATT 850-13 berjumlah 532 anggota, terdiri daripada 68 pegawai dan 442 anggota lain-lain pangkat (LLP), termasuk tiga pegawai dan 18 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Kewangan Awam dari Kementerian Pertahanan.
Dalam upacara tersebut, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam menyerahkan Nota Serah Terima Tugas, Tongkat Kuasa dan Pennant MALBATT.
Seiring upacara ini, Komander MALBATT 850-12, Kolonel Johan Effendi Mohd Shalleh dianugerahkan Lebanese Silver Military Valour Medal oleh wakil Komander Sektor Litani Selatan, Brigedier Jeneral Suheil Wazni.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#MALBATT 850-13
#pasukan pengaman di Lubnan
#kontinjen terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan