awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Man Siam dituduh membunuh

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
01/06/2021
07:38 MYT
Man Siam dituduh membunuh
Dalam kejadian pada 11.46 malam itu, suspek melarikan diri sebelum ditangkap pada keesokan harinya ketika bersembunyi di dalam semak berhampiran lokasi kejadian. - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Seorang penjaga reban ayam yang juga dikenali sebagai 'Man Siam' didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini terhadap pertuduhan membunuh seorang lelaki, bulan lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Sulaiman Yaacob, 22, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga warganegara Thailand didakwa membunuh Mohd Daiylamien Mohd Ashari, 38, bertempat di sebuah reban ayam di belakang sebuah rumah di Kampung Che Arus, Kok Lanas, Kota Bharu jam 11.30 malam hingga 11.46 malam, pada 19 Mei 2021.
BACA: Man Siam tikam rakan diberkas polis
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.
Mahkamah menetapkan 1 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Media ini sebelum ini melaporkan, seorang penjaga reban ayam menikam seorang lelaki sehingga mati selepas mangsa terpijak kepalanya ketika sedang tidur di kampung Che Arus, Kok Lanas, Kota Bharu, 19 Mei lalu.
Dalam kejadian pada 11.46 malam itu, suspek dilaporkan melarikan diri sebelum ditangkap pada keesokan harinya ketika bersembunyi di dalam semak berhampiran lokasi kejadian.
Topic Berkaitan
#Man Siam
#Kota Bharu
#Mahkamah Majistret
#membunuh
#dituduh membunuh
#bunuh rakan
#tikam rakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan