awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mana Pas bila Gerakan bersuara isu modul hadis 40' - Nur Jazlan

Sinar Harian
Sinar Harian
27/08/2023
09:47 MYT
'Mana Pas bila Gerakan bersuara isu modul hadis 40' - Nur Jazlan
Nur Jazlan berkata, Pas sepatutnya bersuara sebagaimana mereka bersuara dalam isu yang melibatkan MCA terutama berkaitan agama. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Sikap Pas mendiamkan diri berhubung pelaksanaan Modul Penghayatan 40 hadis Imam Nawawi yang dibangkitkan rakan sekutunya Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dalam Perikatan Nasional (PN) menimbulkan persoalan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Pas sepatutnya bersuara sebagaimana mereka bersuara dalam isu yang melibatkan MCA terutama berkaitan agama.
"Saya nak tanya mana perginya suara Pas, bila sahabat mereka dalam PN, Gerakan beria-ia bantah cadangan kerajaan berhubung pelaksanaan Modul Penghayatan 40 hadis Imam Nawawi.
"Bila parti bukan sekutu mereka terutama MCA, mereka bantah keluarkan kenyataan tak wajar orang bukan Islam buat bantahan kerana perasaan Islamfobia," katanya dalam must naik di Facebooknya pada Ahad.
Ketua UMNO Bahagian Pulai, menegaskan bukan hendak pertahankan MCA yang bersama dalam BN kerana berpandangan MCA juga tidak perlu campur berhubung modul itu.
"Bukan hendak pertahankan MCA yang bersama BN sebab saya pun berpendirian parti itu tak perlu campur tangan isu modul berkenaan yang tak ada kaitan dengan pelajar bukan Islam.
"Cuma saya tak boleh terima sikap 'double standard' dan perbuatan Pas yang setiap kali tunggang isu agama bila dan kepentingan politik," katanya.
Menurut Nur Jazlan, Pas juga perlu berhenti menghentam UMNO kerana bersama DAP di dalam kerajaan kononnya mendakwa UMNO tergamak bekerjasama dengan satu parti yang anti-Islam dan Melayu.
"Gerakan pun apa kurangnya. Kadang-kadang Gerakan lebih ekstrem dalam beberapa isu babitkan Islam seperti tindakan Gerakan saman Pas Kelantan dalam isu hudud.
"Gerakan juga lantang membantah dengan pelaksanaan tulisan jawi pada buku-buku teks di semua sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT)," katanya.
Sebelum ini, Gerakan dilapor membantah sekerasnya-kerasnya pengenalan buku Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah-sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Melalui suatu sidang media yang diadakan pada hari Jumaat, Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Oh Tong Keong berkata, parti tersebut bersedia membawa isu ini ke mahkamah sekiranya perlu, demi menegakkan kedaulatan undang-undang negara dan membela hak-hak orang bukan Islam. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PAS
#GERAKAN
#Nur Jazlan
#Modul Penghayatan 40 hadis
#Imam Nawawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan