Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menyifatkan reaksi yang diberikan tokoh-tokoh agama di negara ini berhubung isu yang dibangkitkan kumpulan bekas penjawat awam G25 sebagai 'agak menarik'.
Beliau yang mesra disapa Dr.MAZA, dalam kemaskini status di akaun Facebook semalam berkata, agak pelik apabila tiada yang berani bersuara setegas itu apabila timbul isu-isu yang melibatkan dokumen-dokumen penting, walhal isu-isu tersebut ada kaitan secara langsung dengan masyarakat awam.
Ia memperlihatkan seolah-olah adanya perbezaan treatment apabila membicarakan isu mana yang harus diberi perhatian dan dibicarakan habis-habisan.
"Laporan-laporan siasatan penting kepada awam tidak boleh didedahkan. Sesiapa yang mendedahkan patut diambil tindakan. Tidak pula kedengaran dalil agama membantah hal ini," tulis Dr.MAZA.
Dr.MAZA turut membangkitkan bagaimana tiada tokoh agama yang mahu tampil ke hadapan membincangkan isu kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi di negara ini.
Hal ini katanya, dibimbangi akan memberi tanggapan yang tidak elok terhadap Islam kerana orang bukan Islam khususnya, akan mempersoalkan apakah yang diperjuangkan Islam sebenarnya.
BACA: Mansuh kumpulan G25 - Mufti Kedah
Kumpulan G25 sebelum ini membuat beberapa kenyataan yang bertentangan dengan hukum Islam sehingga Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad, menyarankan agar kumpulan itu dimansuhkan.
Madiha Abdullah
Thu Dec 10 2015
'Orang bukan Islam akan mempersoalkan apakah yang diperjuangkan Islam sebenarnya.' - Dr.MAZA
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Petugas bendung COVID-19 layak diberi zakat - Mufti Perlis
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan pihak lain yang terlibat telah mempertaruhkan nyawa mereka, justeru layak digelar sebagai mujahidin.
Mohd Asri cadang Kula Segaran, Zakir Naik berdialog
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran mengadakan dialog secara terbuka dengan pendakwah Dr Zakir Naik,
Sikap Siti Kasim membimbangkan banyak pihak - Mufti Perlis
Menurut Dr Maza, pihaknya dalam perancangan mengaturkan satu dialog terbuka bersama aktivis wanita itu.
Isu bauksit: Dr.MAZA gesa cari penyelesaian, bimbang rakyat bertindak sendiri
Dr.MAZA memberi peringatan agar pihak berwajib melakukan sesuatu kerana dibimbangi rakyat akan mula hilang keyakinan.
Maksiat 'terbuka' juga perlu diberi perhatian, kata Dr. MAZA
Dr. MAZA nafi dakwaan beberapa pihak yang mengatakan beliau menyokong aspirasi kumpulan G25.
'Mana tokoh agama ketika masyarakat dihimpit isu kos sara hidup?' - Dr.MAZA
Dr.MAZA persoal perbezaan 'treatment' yang diberikan tokoh agama apabila berhadapan dengan pelbagai isu.
Mufti Perlis disiasat polis berhubung kenyataan Facebook
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sedang disiasat polis atas kesalahan menghasut.
MH370: Bagaimana menghadapinya? Dr Asri jawab persoalan dari sudut Islam
Ikuti temubual bersama Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam memperkatakan mengenai cara menghadapi tragedi MH370 mengikut tatacara Islam.