awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mandikan jenazah ikut kaedah tayamum untuk hormati mayat - Imam Muda Asyraf

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
15/09/2017
11:22 MYT
Mandikan jenazah ikut kaedah tayamum untuk hormati mayat - Imam Muda Asyraf
Imam Muda Asyraf tegaskan kepentingan memuliakan dan menghormati mayat. - Gambar fail
Sebanyak 11 jenazah mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah selamat dikebumikan petang ini.
Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah kaedah memandikan jenazah mereka itu menggunakan kaedah tayamum, dan itu membangkitkan penjelasan ringkas mengenai cara pengurusan jenazah dalam Islam berdasarkan situasi tertentu.
Menurut pendakwah muda, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, dalam apa situasi, apa yang paling penting adalah memuliakan dan menghormati mayat.
Dalam situasi tertentu, tayamum digunakan untuk memastikan mayat sentiasa dalam keadaan baik.
"Adakalanya, melalukan air sahaja sudah cukup jika mayat boleh terjejas apabila dimandikan dengan sempurna.
"Contohnya, mayat yang sudah reput, tentulah tidak boleh dimandikan dengan cara biasa," katanya yang dikenali dengan panggilan Imam Muda Asyraf.
Menyentuh keadaan mayat pelajar-pelajar tahfiz berkenaan, kata Imam Muda Asyraf, tayamum dilihat lebih bersesuaian dengan keadaan.
"Saya tidak pasti keadaannya (jasad pelajar), tapi kita boleh bayangkan kerana mereka meninggal dunia dalam kebakaran.
"Justeru, kaedah tayamum digunakan kerana ia akan menjaga kemuliaan mayat-mayat itu," ujarnya.
Tambah Asyraf, Islam sebuah agama yang tidak pernah menyusahkan penganutnya.
"Sama juga dalam ritual lain. Contohnya jika si mati tidak ditemui dan hanya tangannya sahaja yang ada, anggota itu boleh sahaja dikafankan dan disolatkan seperti biasa, untuk menjaga hati keluarga agar tidak terlalu sedih melihat jenazah dalam keadaan tidak sempurna.
"Apa yang penting adalah kita menghormati jenazah, sama seperti kita menghormati manusia yang hidup," jelasnya.
Topic Berkaitan
#air
#Islam
#jenazah
#kebakaran
#mangsa
#mangsa kebakaran
#Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan