Aplikasi 'Kalkulator' di laman web Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh berperanan sebagai alat sokongan untuk pencarum merancang simpanan mencukupi bagi persaraan mereka.
Kalkulator Simpanan dan Kalkulator Persaraan KWSP, yang boleh diakses di at www.kwsp.gov.my atau menerusi pencarian di google bagi kata kunci 'kalkulator KWSP', menyediakan maklumat penting bagi pencarum untuk membuat keputusan bijak dalam merancang kehidupan hari tua mereka.
Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS), Janaith Lee berkata 'Kalkulator' merupakan satu daripada aplikasi yang digunakannya pada sesi dengan pencarum KWSP sebagai panduan untuk merancang persaraan dan kewangan mereka.
Bergantung kepada jenis gaya hidup yang seseorang itu mahukan apabila bersara, katanya 'Kalkulator' akan membantu memberikan idea terhadap soalan seperti "berapa banyak adalah mencukupi?" "berapa banyak yang anda perlu bagi persaraan?", "adakah anda sudah bersedia untuk bersara?" dan "bagaimana untuk anda belanjakan wang apabila bersara?"
"Kalkulator Simpanan KWSP mengunjurkan jumlah simpanan yang dijangkakan pada umur persaraan bagi akaun satu dan dua manakala Kalkulator Persaraan dapat menganggarkan jumlah simpanan yang diperlukan mengikut umur, perbelanjaan apabila bersara dan baki simpanan pada akhir tahun, dengan turut mengambil kira kadar inflasi," kata Lee kepada Bernama, di sini, baru-baru ini.
Objektif RAS adalah untuk memupuk kesedaran dan pada sesi bersemuka yang biasanya mengambil masa 30-45 minit, pegawai RAS akan berkongsi maklumat mengenai persaraan dan perancangan kewangan dengan setiap pencarum, jelasnya.
"Setiap sesi disusun untuk memberikan kesedaran dan panduan asas kepada ahli KWSP tentang pelbagai cara untuk membuat perancangan persaraan dan kewangan. Tetapi kuasa bertindak terletak di tangan pencarum," kata Lee, yang bertugas di KWSP Kota Kinabalu.
Katanya pasukan RAS memberikan nasihat mengenai skop asas bagi perancangan persaraan dan kewangan serta produk dan perkhidmatan KWSP seperti Skim Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun, pilihan untuk mencarum secara sukarela, kadar caruman statutori, simpanan dalam Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia (SP1M); caruman pilihan sendiri dan skim pengeluaran KWSP yang lain.
Berhubung sama ada adakan sudah agak terlambat bagi pencarum yang sudah berusia untuk merancang kewangan bagi persaraan, Lee berkata perancangan sepatutnya bermula sewal mungkin, tanpa mengira tahap usia dan peringkat kehidupan.
"Lebih lama anda bertangguh dalam membuat perancangan persaraan anda, ia akan menjadi lebih sukar berikutan peningkatan kos hidup," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 24 2016
Aplikasi 'Kalkulator' di laman web KWSP boleh berperanan sebagai alat sokongan untuk pencarum merancang simpanan mencukupi bagi persaraan. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Manfaatkan kalkulator KWSP rancang persaraan
Aplikasi 'Kalkulator' di laman web Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh berperanan sebagai alat sokongan untuk pencarum merancang simpanan mencukupi bagi persaraan mereka.