awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penerbangan terus Qingdao-Pulau Pinang bermula 31 Mac - Exco
Kementerian Pertahanan perkukuh penggunaan digital dan AI - Khaled
Inisiatif pembiayaan KUSKOP perkukuh akses pembiayaan PMKS - FMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangobot berhasrat jadikan robot teman sejati manusia

Amirul Aiman
Amirul Aiman
22/10/2025
10:41 MYT
Mangobot berhasrat jadikan robot teman sejati manusia
Robot AI Mangobot belajar dan menyesuaikan diri dengan manusia, membina kepercayaan serta hubungan rapat tanpa menggantikan peranan manusia.
DUBAI: Robot seharusnya meningkatkan kualiti kehidupan manusia, bukannya menggantikannya dengan mencipta teman pintar yang mampu belajar, menyesuaikan diri dan berinteraksi secara semula jadi dengan manusia, kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Mangobot, Karim Abu Alragheb.
Beliau berkata tumpuan syarikat itu adalah pada pembangunan robot autonomi interaktif dan pembelajaran kendiri, termasuk model humanoid yang direka untuk bekerja bersama manusia di rumah, sekolah dan hospital.
“Manusia akan sentiasa menjadi penggerak utama, manakala robot hadir untuk membantu mereka,” katanya sambil menjelaskan bahawa visi Mangobot ialah memperkukuh keupayaan manusia melalui sokongan pintar.
Ketika ditemu bual Astro AWANI, Abu Alragheb berkata setiap Mangobot menyesuaikan tindak balas dan tindakannya mengikut keperluan pemiliknya.
“Jika anda dan saya mempunyai citarasa kopi yang berbeza, robot masing-masing akan mengingatinya dan menyediakannya mengikut kesukaan kita menggunakan pengecaman wajah,” jelasnya.
Beliau menambah bahawa kepercayaan merupakan asas hubungan antara manusia dan robot, dan cara terbaik untuk membinanya adalah melalui interaksi yang mesra dan mudah diakses.
“Di pameran seperti GITEX, kami membiarkan robot menari dan menyapa pengunjung supaya orang ramai dapat membiasakan diri dengan mereka dalam suasana positif,” katanya.
Melihat ke hadapan, Abu Alragheb berkata automasi seharusnya membebaskan manusia daripada kerja berulang, agar mereka dapat menumpukan kepada kreativiti dan inovasi.
“Robot boleh mengambil alih tugas berulang, tetapi manusialah yang akan terus membayangkan, mencipta dan memacu kemajuan,” katanya.
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#robotik
#teknologi
#GITEX Global 2025
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan