awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir berkurang di Sarawak, Sabah meningkat petang ini

Bernama
Bernama
07/02/2025
10:22 MYT
Mangsa banjir berkurang di Sarawak, Sabah meningkat petang ini
Di Sabah, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 663 daripada 178 keluarga berbanding 608 daripada 162 keluarga pagi tadi. - Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak mencatatkan penurunan manakala di Sabah meningkat sedikit, setakat 4 petang ini.
Di SARAWAK, jumlah keseluruhan mangsa yang ditempatkan di 21 PPS di lima bahagian negeri itu berkurang kepada 4,389 orang berbanding 4,705 orang pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan bahagian Bintulu kekal dengan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,907 orang berbanding 1,880 orang pada pagi tadi, diikuti Mukah yang bertambah seorang kepada 615 orang manakala di Sarikei kekal 13 orang.
Mangsa banjir di Sibu mencatatkan penurunan kepada 1,160 mangsa berbanding 1,186 orang, begitu juga di Miri yang berkurang kepada 694 orang daripada 961 orang pagi tadi, sementara satu-satunya PPS di Samarahan ditutup 12.30 tengah hari tadi.
Dalam pada itu di SABAH, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 663 daripada 178 keluarga berbanding 608 daripada 162 keluarga pagi tadi.
Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan peningkatan itu ekoran daerah Tambunan dilanda banjir dengan 13 orang daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Tambunan yang dibuka 9 pagi tadi.
"Sebanyak 246 orang daripada 73 keluarga ditempatkan di PPS Beaufort, 267 orang (68 keluarga) di dua PPS daerah Kinabatangan, dan 137 orang (33 keluarga) di dua PPS di daerah Keningau," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Sarawak
#Sabah
#PPS
#JPBN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan