awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di daerah hilir Perak berkurangan

Bernama
Bernama
07/11/2012
02:32 MYT
Mangsa banjir di daerah hilir Perak berkurangan
Jumlah mangsa banjir di daerah Hilir Perak berkurangan dari 278 orang semalam kepada 192 orang sehingga pukul 9 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata mangsa yang masih berada di pusat pemindahan membabitkan Kampung Batu 8 Changkat Jong seramai 149 orang daripada 50 keluarga dan Kampung Degong, Sungai Rambai seramai 43 orang daripda 11 keluarga.
Mangsa banjir dari Kampung Selabak luar telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing awal pagi ini, katanya.
Beliau berkata hanya dua pusat pemindahan yang menempatkan mangsa banjir tersebut iaitu di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong dan dewan orang ramai.
Air masih bertahan di kedua-dua kawasan berkenaan sedalam 0.8 meter, katanya.
Kejadian banjir berlaku sejak Sabtu lalu akibat Sungai Bidor melimpah berikutan hujan lebat menyebabkan 278 mangsa banjir dipindahkan.
Topic Berkaitan
#ACP Goh Kok Liang
#banjir
#Hilir Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan