awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Johor kekal 77 orang

Bernama
Bernama
16/01/2022
01:45 MYT
Mangsa banjir di Johor kekal 77 orang
Keadaan banjir di Segamat, Johor baru-baru ini. - Foto fail/Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat kekal 77 orang daripada 24 keluarga pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan berkata setakat 8 pagi, tiga PPS masih beroperasi di daerah itu dengan dua daripadanya menempatkan mangsa.
"PPS Sekolah Agama Gemereh menempatkan 74 orang daripada 22 keluarga manakala tiga orang daripada dua keluarga berada di Balairaya Gemereh, Batu Badak. PPS Dewan Serbaguna Jalan Genuang pula sebagai persediaan bagi perintah pengawasan dan pemerhatian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Vidyananthan turut menasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Bekok, Empangan Bekok di Batu Pahat supaya berjaga-jaga memandangkan sungai tersebut berada pada tahap waspada.
Beliau berkata cuaca di seluruh negeri dilaporkan cerah setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#PPS
#r vidyananthan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan