awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Johor menurun, Pahang meningkat sedikit - Nadma

Bernama
Bernama
10/01/2024
13:59 MYT
Mangsa banjir di Johor menurun, Pahang meningkat sedikit - Nadma
Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), di Johor sejumlah 7,025 mangsa ditempatkan di 53 PPS di enam daerah. - Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor menunjukkan penurunan manakala Pahang meningkat sedikit malam ini membabitkan 8,586 mangsa yang berlindung di 76 pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 9,215 mangsa petang tadi.
Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), di Johor sejumlah 7,025 mangsa ditempatkan di 53 PPS di enam daerah, iaitu Kota Tinggi (26 PPS dengan 3,994 mangsa), 12 PPS di Johor Bahru (1,703 mangsa), sembilan PPS di Kluang (1,163 mangsa), empat PPS di Segamat (103 mangsa) dan masing-masing satu PPS di Kulai (90 mangsa) dan Pontian (22 mangsa).
Di Pahang, jumlah mangsa meningkat kepada 1,561 mangsa berbanding 1,501 orang petang tadi, yang berlindung di 23 PPS di tiga daerah melibatkan masing-masing 11 PPS di Pekan dan Rompin serta satu di Maran.
Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati, beberapa sungai di Johor masih mencatatkan paras bahaya iaitu Sungai Johor di Kota Tinggi dan Kulai serta Sungai Endau di Kluang.
Di Pahang, Sungai Pahang di Maran, Bera dan Pekan serta Sungai Rompin di Rompin turut mencatat paras bahaya, begitu juga dengan Sungai Perak di Hulu Perak, Perak, Sungai Arau bagi kawasan Arau, Perlis, Sungai Terengganu di Hulu Terengganu, Terengganu dan Sungai Batang Sadong di Kuching, Sarawak.
Laporan itu turut memaklumkan terdapat 54 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh.
Antaranya Jalan Serengkam dan Jalan Kampung Serengkam-Bak-Bak di Maran, Pahang; Jalan Johor Bahru-Endau, Kota Tinggi, Johor, serta Jalan Tanah Abang di Mersing, Johor.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#NADMA
#Johor
#Pahang
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan