KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat sedikit daripada 1,666 orang malam tadi kepada 1,735 pagi ini.
Di SABAH, bilangan mangsa meningkat kepada 758 orang daripada 220 keluarga di 15 pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 690 orang daripada 204 keluarga malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) dalam kenyataan memaklumkan mangsa teramai ialah di Telupid dengan 425 orang daripada 120 keluarga yang dipindahkan ke lapan PPS.
"Seramai 123 orang daripada 46 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di Paitan, di Beaufort seramai 118 orang daripada 33 keluarga di satu PPS, di Beluran seramai 47 orang daripada sembilan keluarga di dua PPS dan Lahad Datu seramai 45 orang daripada 12 keluarga di satu PPS.
"Mangsa banjir di Paitan dan Beluran dijangka meningkat manakala daerah lain dijangka kekal," menurut kenyataan itu.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di tiga daerah meningkat sedikit kepada 977 orang setakat 8 pagi ini berbanding 976 malam tadi.
Sekreteriat JPBN memaklumkan sebanyak 10 PPS yang menempatkan 273 keluarga masih beroperasi di Batu Pahat, Kota Tinggi dan Segamat.
"Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 873 orang, diikuti Segamat (63) dan Kota Tinggi (41)," menurut jawatankuasa itu.
Sementara itu, Sungai Bekok di Batu Pahat masih merekodkan tahap bahaya dengan bacaan 18.75 meter dan menunjukkan trend peningkatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023

Beberapa buah rumah di Kampung Ganah Jati, Sapi Nangoh dinaiki air ketika tinjauan dilakukan. - Foto BERNAMA

Imbas kod QR bagi aduan kebersihan di bazar Ramadan
KKM menggalakkan pengunjung bazar Ramadan di setiap negeri untuk mengimbas kod QR bagi mengemukakan aduan berhubung kualiti makanan dan kebersihan di lokasi berkenaan.

Garis panduan mesti releven, Sarawak akan pantau ketat
Sarawak akan pantau rapat penganjuran acara dan konsert yang melibatkan artis luar negara. Garis panduan ditetapkan harus releven dan munasabah kerana perlu beri manfaat kepada industri pelancongan domestik

Ringgit akhiri aliran meningkat ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri peningkatannya selama empat hari berturut-turutnya dengan ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS susulan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas kenaikan baru-baru ini.

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 dibuka
Permohonan bagi DKD Industri Muzik 2023 dengan RM10 juta diperuntukkan kepada penggiat industri muzik melalui pembiayaan dana sehingga RM300,000, dibuka mulai semalam (23 Mac).
![AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015468/19199450371679657366758_640x360.jpg)
AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei
Awani Borneo Ahad, 24 Mac bersama Irfan Faruqi. Masalah air Sepanggar : Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan segera Penganjuran konsert, Sarawak akan tetapkan garis panduan yang releven tetapi tidak melampaui batas. Sarawak buka STATO Brunei, Pusat setempat pelaburan dan perniagaan

Pengunjung Pasar Tanjung berbelanja dengan berjimat cermat
Tinjauan di Pasar Tanjung, Tawau mendapati pengunjung berpuas hati dengan barangan dijual selain harga yang berpatutan. Namun ramai yang mengambil pendekatan berjimat cermat dalam berbelanja.

Garis panduan mesti releven, Sarawak akan pantau ketat
Sarawak akan pantau rapat penganjuran acara dan konsert yang melibatkan artis luar negara. Garis panduan ditetapkan harus releven dan munasabah kerana perlu beri manfaat kepada industri pelancongan domestik

Muat 5,000 kereta, projek baharu ganti landasan kapal Roro
Projek kawasan meletak kenderaan baharu di Pelabuhan Senari dijangka siap Julai 2024 dengan kapasiti lima ribu kenderaan bagi menggantikan landasan kapal Roll-In Roll-Out (RORO) yang kini berlabuh di Pending.

Perlu tindakan segera jabatan air negeri Sabah
Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan drastik dalam menangani krisis air di kawasan Sepanggar selain menyegerakan pembinaan loji rawatan air baharu di Telibong.

Sambutan berlangsung selama tiga minggu bermula 28 Mei
Sambutan Hari Sarawak akan diadakan selama tiga minggu berturut-turut bermula 28 Mei hingga 22 Julai.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang
Situasi banjir di daerah ini semakin menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa terus menurun kepada 444 orang pada 4 petang ini berbanding 967 orang yang direkodkan pagi tadi.

Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 1,086 malam ini
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 1,086 orang setakat 8 malam ini.

Mangsa banjir boleh mohon empat kategori bantuan - Armizan
Mangsa banjir di Johor yang layak boleh memohon empat kategori bantuan daripada Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara (KWABN) yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

PMKS Johor digalakkan mohon pembiayaan BRJohorNiaga - Onn Hafiz
Usahawan bagi PMKS di Johor terutama mereka yang terjejas banjir di daerah Batu Pahat dan Segamat digalakkan memohon pembiayaan yang ditawarkan menerusi program BRJohorNiaga.

Banjir: 13 PPS ditutup, mangsa di Batu Pahat terus berkurang
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 3,086 orang setakat 8 malam ini.

Kelantan sudah agih RM21.43 juta kepada mangsa banjir
Kelantan telah mengagihkan sebanyak RM21.43 juta setakat ini, kepada ketua-ketua jajahan untuk diberikan kepada mangsa yang terlibat banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) baru-baru ini.

Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 13,872 orang malam ini
JBPN memaklumkan penutupan itu menjadikan jumlah PPS yang masih beroperasi setakat ini ialah 59 yang menempatkan 3,985 keluarga.

Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun kepada 25,983 orang
Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun kepada 25,983 orang setakat 4 petang ini berbanding 26,381 orang direkodkan pada 8 pagi tadi.

Kerajaan salur peruntukan tambahan RM150 juta untuk pascabanjir di Johor
Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Kewangan akan menyegerakan peruntukan tersebut bagi meringankan beban kerajaan negeri dan mangsa-mangsa banjir di Johor.