awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agenda Rumah Bangsa, Musyawarah Nasional penjenamaan semula UMNO, BN
Doktor didakwa bunuh isteri, anak di Johor Bahru
Kejayaan besar animasi tempatan 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Kelantan kekal 187 orang pagi ini

Bernama
Bernama
23/12/2019
01:33 MYT
Mangsa banjir di Kelantan kekal 187 orang pagi ini
Banjir di Kelantan hampir pulih berikutan keadaan cuaca yang baik sejak beberapa hari yang lepas. - Bernama
Jumlah mangsa banjir di Kelantan kekal dengan 187 mangsa daripada 72 keluarga yang masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara di Pasir Mas setakat pukul 8.00 pagi ini.
Aplikasi InfoBencanaJKM menunjukkan seramai 21 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, 93 mangsa daripada 44 keluarga menghuni PPS SK Bakong dan 73 mangsa daripada 21 keluarga berlindung di SK Kedai Tanjong.
Banjir di Kelantan hampir pulih berikutan keadaan cuaca yang baik sejak beberapa hari yang lepas.
Sementara itu, laman sesawang ebanjir.kelantan.gov.my menunjukkan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas berada di paras 9 meter (bahaya 9 meter) manakala Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat kembali ke paras berjaga-jaga dengan bacaan 2.03 meter manakala semua sungai utama lain berada pada paras normal.
Polis Kelantan mengsahkan lima mangsa terkorban sepanjang gelombang pertama dan kedua banjir melanda Kelantan setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Kelantan
#mangsa banjir
#Pasir Mas
#polis
#pusat pemindahan
#Tumpat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan