awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Kelantan kini 9,214 orang

Sinar Harian
Sinar Harian
19/12/2022
01:30 MYT
Mangsa banjir di Kelantan kini 9,214 orang
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan kerja-kerja menyelamat di Kampung Pulai Chondong, Machang, berikutan cuaca buruk di Kelantan. - Foto APM/Sinar Harian
KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) kini seramai 9,214 orang pagi ini.
Angka itu melibatkan 2,724 keluarga yang ditempatkan di 82 PPS seluruh negeri.
Jajahan yang paling teruk terjejas ialah Pasir Mas yang melibatkan 3,486 mangsa diikuti Tanah Merah (1,327), Pasir Puteh (1,070), Kuala Krai (832), Machang (814), Kota Bharu (807), Bachok (448), Tumpat (223) dan Jeli (207).
LAPORAN KOMPREHENSIF BANJIR DI SINI
Sementara itu enam sungai di negeri ini berada pada paras bahaya iaitu Sungai Jambatan Melor, Bachok, Sungai Lebir (Kuala Krai), Sungai Golok (Pasir Mas), Sungai Golok dan Jenok (Tanah Merah) dan Kuala Jambu (Tumpat).
Keadaan cuaca di negeri ini masih hujan sejak Ahad. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir
#Kelantan
#PPS
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan