awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Kelantan meningkat 1,729 orang pagi ini

Bernama
Bernama
28/11/2017
00:59 MYT
Mangsa banjir di Kelantan meningkat 1,729 orang pagi ini
Kesemua mangsa ditempatkan di 29 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di tujuh jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Bachok. - Foto Bernama
Gelombang pertama banjir di Kelantan bertambah buruk apabila 1,729 mangsa dipindahkan sehingga 8 pagi ini berbanding 1,078 orang malam tadi.
Kesemua mangsa ditempatkan di 29 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di tujuh jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Bachok.
Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kota Bharu mencatatkan jumlah tertinggi membabitkan 624 mangsa daripada 176 keluarga yang ditempatkan di lima PPS, manakala di Pasir Mas, 417 mangsa daripada 125 keluarga dipindahkan ke 11 PPS.
BACA: Banjir: Kerajaan pastikan bantuan tiba ke Kelantan - PM
Hujan kadangkala lebat yang berterusan sejak malam tadi itu juga menyaksikan 274 mangsa daripada 89 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Pasir Puteh dan 189 daripada 50 keluarga lagi ditempatkan di tiga PPS di Machang.
Selain itu, seramai 138 mangsa daripada 34 keluarga ditempatkan di lima PPS di Tanah Merah, 81 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Bachok dan enam mangsa daripada dua keluarga di sebuah PPS di Kuala Krai.
Dalam pada itu, menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas melebihi paras bahaya dan semakin meningkat kepada 10.06 meter pada 7 pagi tadi berbanding 9.68 meter pada 9 malam tadi (paras bahaya 9 meter).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#Kota Bharu
#Kuala Krai
#mangsa
#mangsa banjir
#mati lemas
#Pasir Mas
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan