awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Kelantan meningkat petang ini

Bernama
Bernama
01/12/2017
10:11 MYT
Mangsa banjir di Kelantan meningkat petang ini
Jemaah masjid tetap menunaikan solat Jumaat walaupun banjir melanda di Masjid Mukim Simpangan Hilir, Pengkalan Kubor, Tumpat, hari ini. --fotoBERNAMA
Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 13,528 orang pada 5 petang ini berbanding 13,300 orang pada 12 tengah hari tadi.
Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa daripada 5,357 keluarga itu ditempatkan di 64 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam jajahan membabitkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Gua Musang.
Pasir Mas masih merekodkan jumlah tertinggi dengan 9,320 mangsa daripada 3,966 keluarga yang berada di 38 PPS, diikuti Tumpat dengan 2,934 mangsa daripada 1,019 keluarga di lapan PPS.
Selain itu, 824 mangsa daripada 245 keluarga ditempatkan di lapan PPS di Pasir Puteh; 200 mangsa daripada 61 keluarga di tiga PPS di Kota Bharu; 133 mangsa daripada 39 keluarga di empat PPS di Tanah Merah dan 117 mangsa daripada 27 keluarga di tiga PPS di Gua Musang.
Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang dilaporkan kekal pada paras 10.26 meter sejak 12 tengah hari hingga 4 petang tadi. Paras bahaya ialah sembilan meter.
Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula menurun kepada 3.67 meter berbanding 3.70 meter dalam tempoh sama. Paras bahaya 2.50 meter.
Sementara itu, portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan setakat 5 petang ini manakala hujan kadangkala berlaku di beberapa tempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Gua Musang
#Kelantan
#Kota Bharu
#mangsa banjir
#Pasir Mas
#pusat pemindahan
#Tumpat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan