awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Pasir Mas terus meningkat

Bernama
Bernama
04/12/2023
14:46 MYT
Mangsa banjir di Pasir Mas terus meningkat
Menurut portal Info Bencana JKM, kesemua mangsa kini berlindung di 13 PPS di jajahan itu. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat di satu-satunya jajahan yang masih lagi terkesan dengan bencana itu iaitu Pasir Mas, apabila mencatatkan 6,009 orang daripada 1,952 keluarga setakat 9 malam ini, berbanding 4,631 orang daripada 1,508 keluarga petang tadi.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa kini berlindung di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan itu.
Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi menempatkan 903 mangsa daripada 296 keluarga, SK Sri Rantau Panjang (2) (1,881 mangsa daripada 629 keluarga), SK Gual To'Deh (813 mangsa daripada 264 keluarga) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (153 mangsa daripada 41 keluarga).
Sebanyak 210 mangsa daripada 55 keluarga berlindung di PPS Madrasah Tasek Bakong, Masjid Mukim Padang Licin (131 mangsa daripada 55 keluarga), SK Sri Kiambang (345 mangsa daripada 107 keluarga) dan SMK (A) Lati (84 mangsa daripada 22 keluarga).
Lima lagi PPS iaitu SK Chicha Tinggi merekodkan sejumlah 249 mangsa daripada 70 keluarga, SK Lati (223 mangsa daripada 62 keluarga), SMK Baroh Pial (710 mangsa daripada 260 keluarga), SK Gual Periok (269 mangsa daripada 79 keluarga) dan SK Kedai Tanjong (38 mangsa daripada 12 keluarga).
Sementara itu, berdasarkan laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/, Sungai Golok di Pasir Mas merekodkan bacaan paras bahaya iaitu 9.64 meter (m), manakala Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat berada pada tahap waspada dengan bacaan 2.24 m.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#jkm
#PPS
#mangsa banjir
#paras bahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan