awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di PPS gotong-royong masak juadah berbuka puasa

Bernama
Bernama
23/03/2023
14:59 MYT
Mangsa banjir di PPS gotong-royong masak juadah berbuka puasa
Mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng, menunaikan solat tarawih di masjid serta surau berhampiran. - Gambar fail/Bernama
BATU PAHAT: Ketika umat Islam lain menyambut kehadiran Ramadan dengan penuh kesyukuran di kediaman masing-masing bersama ahli keluarga, situasi berbeza bagi 444 mangsa banjir di daerah ini yang masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS).
Bagi Siti Zubaidah Kassim, 47, berhadapan dengan banjir dan ditempatkan di PPS adalah perkara biasa buatnya kerana ia berlaku hampir setiap tahun, namun menyambut kehadiran bulan puasa di PPS adalah kali pertama dan di luar jangka.
Dia, yang tinggal di Kampung Parit Yusuf, tidak menyangka banjir yang naik secara mendadak sejak 1 Mac lepas itu, akan berlarutan hingga kini kerana kebiasaannya hanya berlaku sekitar satu hingga dua minggu sahaja.
"Walaupun sambutan Ramadan tahun ini berbeza dengan tahun sebelumnya, saya percaya pasti ada hikmah dan kesedihan kami terubat apabila melihat semangat perpaduan yang ditunjukkan dalam kalangan penghuni di PPS ini.
"Kami bersama-sama menyediakan makanan untuk bersahur dan berbuka puasa, begitu juga dengan solat sunat tarawih yang dilaksanakan di PPS ini, ia satu pengalaman yang berbeza," katanya ketika ditemui di PPS Sekolah Agama (SA) Seri Chomel, di sini hari ini.
Ketika ditanya tentang persiapan menyambut Syawal, Siti Zubaidah berkata dia belum memikirkan lagi kerana dalam fikirannya kini adalah untuk pulang ke rumah terlebih dahulu.
Sementara itu, Shahidan Bunakair, 72, yang juga kali pertama menyambut Ramadan di PPS, mengharapkan keadaan banjir yang berlaku ini tidak berlarutan hingga ke Syawal.
Walaupun terpaksa menyambut Ramadan di PPS, warga emas itu tetap bersyukur kerana dia bersama ahli keluarganya terselamat ketika banjir berlaku meskipun paras air ketika kejadian melebihi paras dada.
"Saya harap pada masa akan datang tiada lagi kejadian seperti ini sehingga kami menyambut Ramadan dalam situasi yang sangat berbeza seperti sebelum ini," katanya.
Selain bergotong-royong menyediakan juadah berbuka, PPS tersebut dan dua lagi PPS iaitu SA Seri Bertam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Min turut mengadakan solat tarawih, manakala mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng, menunaikan solat tarawih di masjid serta surau berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#warga emas
#solat tarawih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan