awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
14 negara kecam Israel lulus penempatan baharu di Tebing Barat
Pihak berkuasa Singapura tahan lelaki dakwa ambil dadah bersama bekas peguam, M Ravi sebelum meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Rantau Panjang kekal 33 orang setakat 9 pagi ini

Bernama
Bernama
06/12/2021
01:37 MYT
Mangsa banjir di Rantau Panjang kekal 33 orang setakat 9 pagi ini
Penunggang menolak motosikal yang mereka naiki kerana kenderaan terbabit tersekat akibat fenomena banjir termenung di Jalan Kampung Bawah Lembah, Gual Periok, Rantau Panjang, 22 Nov lalu. -- fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Rantau Panjang dekat Pasir Mas di sini yang mula dibuka sejak Sabtu lepas, kekal 33 orang setakat 9 pagi ini.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas Azizan Aziz berkata 33 mangsa daripada enam keluarga itu termasuk seorang warga emas dan 12 kanak-kanak ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh.
"Semua mangsa masih di PPS berikutan banjir belum pulih yang berkemungkinan disebabkan fenomena air 'termenung' di penempatan mereka dan kita berharap cuaca semakin baik agar mangsa dapat pulang ke kediaman masing-masing," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran negeri memaklumkan, setakat 9 pagi ini, Sungai Golok di Rantau Panjang merekodkan bacaan melebihi paras waspada iaitu 7.54 meter (waspada 7 meter) dengan trend menurun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat pemindahan
#mangsa banjir
#Rantau Panjang
#banjir kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan