awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tong sampah di hentian sebelah Yong Peng
Bekas jurutera mengaku salah cuba guna wang palsu, curi barang kemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak dan Johor beransur pulih

Bernama
Bernama
04/01/2026
11:33 MYT
Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak dan Johor beransur pulih
Keadaan perkampungan Rampayan Laut di Kota Kinabalu yang masih digenangi banjir lumpur ketika tinjauan hari ini. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 607 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan di tiga negeri dengan Sabah merekodkan pertambahan petang ini.

Ringkasan AI
  • Sebanyak 607 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan di tiga negeri, dengan Sabah merekodkan pertambahan jumlah mangsa.
  • Di Sabah, Kota Kinabalu dan Beaufort mengalami kenaikan jumlah mangsa, di mana 328 mangsa dari lapan kampung di Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon, Beaufort, manakala 182 mangsa di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Masjid Al-Munir, Kota Kinabalu.
  • Sementara itu, di Sarawak, hanya satu Pusat Pemindahan Sementara beroperasi manakala di Johor, jumlah mangsa banjir menurun kepada 50 orang dengan dua PPS masih beroperasi di Segamat.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Di SABAH, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) memaklumakan jumlah mangsa di Kota Kinabalu dan Beaufort meningkat kepada 510 orang daripada 164 keluarga berbanding 495 orang daripada 159 keluarga pagi tadi berikutan hujan sejak Jumaat.
"Di Beaufort, seramai 328 mangsa daripada 118 keluarga dari lapan kampung ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon yang telah beroperasi sejak petang Jumaat.
"Bagi Kota Kinabalu pula, 182 mangsa daripada 46 keluarga berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Masjid Al-Munir, Kampung Darau," menurut kenyataan itu.
Pihak berkuasa dan agensi penyelamat sedang memantau rapi paras air serta keadaan semasa di lokasi terlibat selain membantu memindahkan penduduk ke kawasan lebih selamat.
Di SARAWAK, JPBN memaklumkan hanya satu PPS beroperasi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri yang menempatkan 47 mangsa daripada 18 keluarga setakat 4 petang ini.
Sementara itu, banjir di Kuching dan Lawas pulih sepenuhnya dan kesemua lapan PPS ditutup secara berperingkat bermula 12.30 tengah hari tadi.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir menurun kepada 50 mangsa daripada 15 keluarga petang ini berbanding 85 mangsa daripada 25 keluarga pagi tadi.
Pengerusi JPBN Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata dua PPS masih beroperasi di Segamat iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak yang menempatkan 36 mangsa daripada 11 keluarga manakala 14 mangsa daripada empat keluarga berlindung di Dewan Serbaguna Kampung Tandong.
Tiga sungai berada pada paras amaran iaitu Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat dengan bacaan 8.60 meter (m); Jeti Sungai Tekam, Segamat (3.85m) dan Sungai Pulai di Kampung Ulu Pulai, Pontian (2.93m).
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di pusat pemindahan di tiga negeri yang disebutkan dalam artikel? A: Sejumlah 607 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan di Sabah, Sarawak, dan Johor.
  • Q: Di manakah pusat pemindahan banjir yang beroperasi di Sabah dan berapa jumlah mangsa yang ditempatkan di sana? A: Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon di Beaufort menempatkan 328 mangsa daripada 118 keluarga, manakala PPS Dewan Masjid Al-Munir, Kota Kinabalu menempatkan 182 mangsa daripada 46 keluarga.
  • Q: Apakah jumlah mangsa banjir di Johor pada petang yang disebutkan dalam artikel? A: Jumlah mangsa banjir di Johor menurun kepada 50 mangsa daripada 15 keluarga pada petang yang dirujuk berbanding 85 mangsa daripada 25 keluarga pagi sebelumnya.

Topic Berkaitan
#banjir sabah
#banjir johor
#banjir Sarawak
#info banjir terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan