awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir diingatkan berhati-hati 'scammer' menyamar pemberi bantuan

Bernama
Bernama
24/03/2025
10:03 MYT
Mangsa banjir diingatkan berhati-hati 'scammer' menyamar pemberi bantuan
Pastikan mereka yang terjejas banjir tidak menjadi mangsa scammer yang mengambil kesempatan dalam situasi sukar ini. - Gambar hiasan/Bernama
SIBU: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas, Sarawak yang terkesan akibat banjir baru-baru ini dinasihati lebih berwaspada terhadap pihak tidak dikenali yang menawarkan bantuan kepada mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan berkata ini bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa scammer yang mengambil kesempatan dalam situasi sukar ini.
"Jaga keselamatan diri ketika kita sedang menghadapi kesukaran akibat banjir tempoh hari. Dikhuatiri ada pihak yang mengambil kesempatan daripada kesukaran yang sedang kita hadapi ketika ini," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Penduduk perlu berhati-hati sekiranya ada pihak tertentu datang untuk menawarkan bantuan dan meminta kad pengenalan mereka.
Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan pihak yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di DUN Katibas agar berhubung terus dengan jawatankuasa yang bertanggungjawab.
Daerah Song yang terletak dalam kawasan DUN Katibas mencatat jumlah mangsa banjir tertinggi, menyaksikan seramai 379 orang daripada 104 keluarga terjejas.
Mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Song dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada 5 petang semalam setelah banjir di daerah itu pulih sepenuhnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#scammer
#beri bantuan
#ambil kesempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan