KUALA LUMPUR: Penilaian kerosakan bagi tujuan memberikan bantuan dana kepada mangsa banjir yang terjejas akan dilakukan dengan segera, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
Beliau berkata laporan berkenaan akan disediakan oleh Pejabat Daerah yang terlibat dengan bencana alam itu dan harus dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal Daerah sebelum satu salinan diberikan kepada pihaknya untuk bantuan diselaraskan.
"Kita lihat di Selangor ini ramai rakyat mengadu mengenai kehilangan harta dan infrastruktur seperti kenderaan, rumah hanyut dibawa banjir dan saya juga ingin menjelaskan jenis penjagaan dan pampasan, (ia) mungkin tidak lengkap tapi ada sumbangan dari kerajaan bagi menampung kerosakan tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Kampung Sungai Serai, Hulu Langat dekat sini pada Rabu.
Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM100 juta bagi membaiki kerosakan kediaman dan infrastruktur akibat banjir.
Selain itu, Abdul Latif juga meminta urusan bantuan RM1,000 untuk mangsa banjir dipermudahkan oleh pejabat daerah untuk mempercepatkan proses pemberian bantuan kepada mereka yang memerlukan dan sudah cukup syarat.
"Disebabkan kejadian banjir ini ramai yang hilang dokumen jadi untuk permudahkan urusan, mereka harus buat satu laporan polis dan kata mereka adalah mangsa banjir. Permudahkan urusan mereka, kita di NADMA kalau boleh semalam kita hendak bayar RM1,000 tapi kita tiada data lagi," katanya.
Dalam pada itu, sehingga 8 pagi semalam sebanyak tujuh buah negeri telah terkesan akibat bencana banjir iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur dan sebanyak 64,502 orang mangsa daripada 14,250 keluarga kini ditempatkan di 385 PPS.
Bagi situasi banjir di Hulu Langat, Selangor sejak Sabtu 18 hingga 21 Dis sebanyak 2,165 mangsa telah dibawa keluar oleh anggota penyelamat.
Beliau juga sempat mengingatkan masyarakat untuk sentiasa berwaspada dengan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia supaya lebih bersedia jika bencana banjir besar berulang pada masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 22 2021
Abdul Latif meminta urusan bantuan RM1,000 untuk mangsa banjir dipermudahkan oleh pejabat daerah kepada mereka yang memerlukan dan sudah cukup syarat. - Gambar fail BERNAMA
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Tragedi banjir Disember boleh berulang jika hujan berterusan
Abdul Latiff berkata, Selangor menerima purata taburan hujan pada tahun lalu sebanyak 2,700 milimeter (mm).
Kurang peruntukan punca jalan di Mersing gagal diselenggara - Abdul Latiff
Abdul Latiff berkata, pihaknya telah membawakan perkara itu ke peringkat kerajaan pusat, bagaimanapun dana untuk baik pulih kawasan itu masih tidak mencukupi.
PRU15: Abdul Latiff sedia beri laluan kepada muka baharu di Mersing
Ahli Parlimen Mersing, Datuk Abdul Latiff Ahmad bersedia memberi peluang kepada calon muka baharu mewakili Bersatu untuk bertanding di Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-5 (PRU15) nanti.
Isu LCS: Pemimpin PKR buat laporan SPRM
Akmal memaklumkan laporan itu dibuat bagi menggesa siasatan terhadap dakwaan penglibatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Latiff Ahmad dalam projek tersebut.
Rafizi selesai beri keterangan, telefon bimbit dirampas untuk bantu siasatan
Telefon bimbitnya dirampas pihak polis bagi membantu siasatan dan menurutnya, ia merupakan telefon bimbitnya yang kelima dirampas polis sejak tahun 2009.
Dakwaan Rafizi: Polis sudah ambil keterangan Abdul Latiff
Abdul Latiff tegaskan Rafizi berbohong dalam kenyataannya demi kepentingan politik.
Skandal LCS: Rafizi akan dipanggil berhubung hantaran kaitkan Abdul Latiff - Polis
Polis akan memangggil Rafizi Ramli untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial miliknya yang didakwa berbaur fitnah dan jelik terhadap Dr Abdul Latiff Ahmad.
Skandal LCS: Abdul Latiff perlu isytihar harta, bantu siasatan jika tidak terlibat - Akmal Nasrullah
Selaku Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu, agak luar biasa jika Abdul Latiff tidak tahu mengenai kontrak LCS, dakwa Pengarah Strategi PKR.
Isu LCS: Rafizi perlu buktikan Zainab isteri saya - Abd Latiff
Abdul Latif menjelaskan, apa juga perbuatan individu bernama Zainah tidak mempunyai kaitan dengannya.
PRN Johor: Nama naik untuk calon MB bagi Perikatan Nasional? Ini jawapan Abdul Latiff
Abdul Latiff berkata, beliau akan memberikan sepenuh komitmen dalam membantu gerak kerja calon-calon Bersatu dan Perikatan Nasional.