ALOR GAJAH: Mangsa banjir dan petugas di pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka digalakkan mengambil ubat prophylaxis bagi mencegah penyakit leptospirosis atau kencing tikus.
Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata ubat berkenaan tidak berbahaya dan bekalannya boleh diperoleh daripada petugas kesihatan di PPS terlibat.
Beliau berkata mangsa dan petugas banjir digalak mengambil ubat berkenaan kerana mereka berisiko mendapat jangkitan terutama yang terdedah lama dalam air banjir atau ketika membersihkan rumah.
"Penyakit kencing tikus adalah satu daripada penyakit bawaan air dan kita lebih takut dengan leptospirosis ini terutama apabila berlaku banjir.
"Walaupun kes dilaporkan adalah rendah tetapi penyakit berkenaan ada dalam komuniti dan kita tidak boleh ambil remeh perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melawat PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan di sini hari ini.
Beliau berkata pengambilan ubat berkenaan telah mula digalakkan diambil dalam kalangan mangsa banjir dan petugas PPS sejak awal tahun ini.
Sementara itu, katanya warga emas dan ibu mengandung yang terjejas banjir diminta berpindah ke PPS berhampiran bagi memastikan tahap kesihatan mereka dapat dipantau petugas kesihatan.
Dr Muhamad Akmal berkata ibu mengandung juga boleh membuat pemeriksaan susulan di PPS tanpa perlu ke klinik kesihatan berhampiran.
"Kita akan tempatkan petugas kesihatan dua kali sehari bagi menjalankan rutin pemeriksaan ke atas mangsa banjir termasuk warga emas serta ibu mengandung dan golongan yang berpenyakit seperti darah tinggi dan kencing manis juga dipantau dan bekalan ubat mereka juga diperiksa," katanya.
Beliau berkata selain itu, mangsa banjir juga diberikan sokongan psikososial bagi meringan beban mental yang ditanggung mereka akibat banjir khususnya kehilangan harta benda selain mengurangkan kerisauan kesan bencana itu.
Sehingga jam 12 tengah hari ini, sebanyak empat PPS dibuka di Melaka iaitu tiga di Alor Gajah dan satu di Melaka Tengah melibatkan 224 mangsa daripada 60 keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2022
Mangsa dan petugas banjir digalak mengambil ubat berkenaan kerana mereka berisiko mendapat jangkitan terutama yang terdedah lama dalam air banjir atau ketika membersihkan rumah. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.
AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia
Kerajaan Amerika Syarikat melalui USAID menyalurkan sumbangan berjumlah RM442,817 bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Pelajar ILP bantu mangsa banjir baiki peralatan elektrik
Inisiatif itu bertujuan membantu meringankan beban mangsa banjir yang rugi ribuan ringgit selepas pelbagai barangan rumah ditenggelami air.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.