awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa bot karam ditemui lemas

Petrus Bernard
Petrus Bernard
10/06/2023
03:10 MYT
Mangsa bot karam ditemui lemas
Mangsa ditemui orang kampung pada jam 7.10 pagi, 200 meter dari lokasi bot tersebut karam. - Astro AWANI
TAWAU: Mangsa kejadian bot karam yang hilang di perairan Sungai Melayu pada Jumaat ditemui lemas oleh orang kampung pada Sabtu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata mayat mangsa, Abd Rahman Kasil, 56, ditemui orang kampung pada jam 7.10 pagi, 200 meter dari lokasi bot tersebut karam.
Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Jeti Pelabuhan Perikanan Tawau Lama oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk dibawa ke Hospital Tawau bagi tindakan selanjutnya.
Terdahulu pada Jumaat, mangsa bersama isterinya, Norlina Arifin, 45, bergerak dari Kampung Titingan menuju ke Sungai Melayu hendak menghantar botol mineral kosong untuk kegunaan rumpai laut.
Setibanya di lokasi kejadian, bot mangsa terlanggar sebuah objek terapung lalu karam ketika menghampiri perairan Sungai Melayu.
Bagaimanapun isteri mangsa berjaya diselamatkan orang kampung dan dihantar ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan.
Mangsa dilaporkan hilang sehingga mayat mangsa ditemui pagi tadi oleh orang kampung melalui operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua.
Topic Berkaitan
#bot karam
#Sungai Melayu
#lemas
#Abd Rahman Kasil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan