awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa bunuh 'hidup semula', beri keterangan di mahkamah dengan bantuan AI

Amanz
Amanz
11/05/2025
04:00 MYT
Mangsa bunuh 'hidup semula', beri keterangan di mahkamah dengan bantuan AI
Pelkey 'memberi keterangan' di mahkamah menggunakan avatar AI sebelum Horcasitas dijatuhkan hukuman penjara 10.5 tahun. -Amanz
CHRISTOPHER Pelkey dibunuh oleh Gabriel Paul Horcasitas pada tahun 2021 dalam satu insiden buli jalan raya.

Ringkasan AI
  • Christopher Pelkey dibunuh oleh Gabriel Paul Horcasitas dalam insiden buli jalan raya pada tahun 2021.
  • Pelkey 'memberi keterangan' di mahkamah menggunakan avatar AI sebelum Horcasitas dijatuhkan hukuman penjara 10.5 tahun.
  • Ini adalah kali pertama video mangsa yang telah mati digunakan sebagai keterangan dalam kes mahkamah di Amerika Syarikat.

Horcasitas didapati bersalah.
Sebelum hukuman dijatuhkan oleh hakim, mendiang Christopher Pelkey 'memberi keterangan' impak tindakan Horcasitas di mahkamah menggunakan avatar mendiang yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI).
Kakak kepada Pelkey, Stacey Wales, mengambil masa dua tahun untuk menjana video beliau memberikan keterangan dengan bantuan suami.
Wales yang bekerja dalam industri teknologi mengatakan biasanya video AI digunakan beliau untuk menghasilkan video ucapan CEO yang tidak dapat hadir ke majlis syarikat.
Gambar dan video Pelkey semasa masih hidup digunakan untuk menghasilkan video keterangan di mahkamah.
Ini adalah kali pertama video mangsa yang telah mati memberikan keterangan digunakan dalam kes mahkamah di Amerika Syarikat.
Selepas keterangan diberikan, hakim menjatuhkan hukuman penjara 10.5 tahun ke atas Gabriel Paul Horcasitas.
Orang yang mati dihidupkan semula menggunakan teknologi bukanlah inovasi baharu. Mendiang Tupac Shakur dan Ronnie James Dio dihidupkan semula sebagai hologram untuk melakukan persembahan.
Pada tahun 2022 pula, Marina Smith, seorang wanita di UK, berbicara dengan hadirin acara pengebumian beliau.
Chatbot yang dijana AI menjawab soalan berdasarkan maklumat yang diberikan Smith sebelum meninggal dunia. -Amanz
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#Christopher Pelkey
#Gabriel Paul Horcasitas
#insiden buli jalan raya
#beri keterangan di mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan