awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa culik di Palekbang ditemukan selamat

Sinar Harian
Sinar Harian
21/05/2025
07:40 MYT
Mangsa culik di Palekbang ditemukan selamat
Seorang lelaki yang dipercayai menjadi mangsa culik dalam kejadian di Palekbang, Tumpat ditemukan selamat pada Selasa. -Foto tular media sosial
TUMPAT: Seorang lelaki yang dipercayai menjadi mangsa culik dalam kejadian di Palekbang di sini ditemukan selamat pada Selasa.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki yang dipercayai menjadi mangsa culik di Palekbang, Tumpat telah ditemukan selamat pada Selasa, namun mengalami kecederaan ringan.
  • Mangsa ditinggalkan di kawasan bandar Tumpat dan tidak dapat mengecam suspek kerana matanya ditutup semasa kejadian; empat lelaki dipercayai melarikan mangsa menggunakan sebuah kereta Suzuki Swift.
  • Polis mengesahkan menerima laporan dan sedang menyiasat kes tersebut, yang turut tular di media sosial melalui tangkap layar kejadian.

Bagaimanapun, mangsa mengalami kecederaan ringan semasa ditemukan.
Menurut sumber, mangsa telah ditinggalkan di kawasan bandar Tumpat.
"Difahamkan, empat lelaki dipercayai melarikan mangsa. Kesemua suspek bertindak melarikan diri bersama sebuah kereta jenis Suzuki Swift," katanya kepada pemberita pada Rabu.
Ujar sumber lagi, mangsa tidak dapat mengecam suspek disebabkan matanya ditutup semasa kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa kes sedang disiasat.
Terdahulu, tular tangkap layar menunjukkan kejadian culik melibatkan seorang lelaki yang didakwa berlaku di Palekbang pada Selasa. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#culik
#Palekbang
#ditemukan selamat
#Suzuki Swift
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan