awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa kedua bot karam sungai Nanga Entabai ditemui

Rohana Wahed
Rohana Wahed
26/05/2018
09:33 MYT
Mangsa kedua bot karam sungai Nanga Entabai ditemui
Operasi mencari dan menyelamat giat dilakukan pasukan penyelamat.
Mangsa kedua tragedi bot karam di Nanga Entabai dekat Julau Sarawak semalam berjaya ditemui hari ini.
Mayat kanak-kanak, Kevin Sama Markus, 6 tahun dijumpai kira-kira jam 7 pagi di Sungai Sepencur oleh penduduk rumah panjang yang melalui kawasan tersebut.
Penemuan itu kemudian dimaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Mayat mangsa telah dibawa ke Jeti Nanga Entabai kira-kira 8.55 pagi.
Operasi mencari dan menyelamat giat dilakukan pasukan penyelamat.
Operasi mencari dan menyelamat giat dilakukan pasukan penyelamat.
Operasi mengesan seorang lagi mangsa iaitu ibu Kevin, Ebeline Linty Kaya, 23 tahun diteruskan hari ini yang telah masuk hari kedua.
Komander Operasi, Nicholas Belulin berkata pihaknya kini mempergiatkan usaha mencari mangsa ketiga Ebeline Linty yang masih hilang.
Semalam, lima sekeluarga karam selepas bot mereka naiki dipukul ombak ketika dalam perjalanan pulang bercuti ke Rumah Gani menyambut Hari Gawai Dayak.
Mangsa pertama, Lenny Ingang, 46 ditemui lemas sejurus selepas kejadian, menantu serta cucu hilang manakala suami dan anaknya berjaya berenang ke tebingan.
Sebelum kejadian, Lenny bersama suami menjemput anak menantu dan cucunya yang pulang dari Kuala Lumpur untuk meraikan Hari Gawai Dayak di kampung.
Dalam perkembangan sama, tambah Nicholas, operasi SAR di Nanga Sayong Entabai Julau dan Nanga Ensiring Entabai Julau merupakan laluan sungai yang sama.
“Untuk itu operasi SAR akan dijalankan secara serentak.
“Mangsa kes bot karam pertama (Anjan Nyua, 66 tahun) setakat ini belum dijumpai,” katanya.
Topic Berkaitan
#Bintangor
#bot karam
#Jabatan Bomba dan Penyelamat
#Julau
#komander
#lemas
#Nanga Entabai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan