KOTA TINGGI: Remaja kedua yang ditemukan mayatnya pada Isnin selepas mandi di Pantai Batu Layar di sini pada Ahad, dipercayai lemas semasa cuba menyelamatkan rakannya daripada tenggelam.
Bapa mangsa, Hanizam Hashim, 47, berkata, anaknya, Hani Suefyan, 16, gagal menyelamatkan rakannya sebelum kedua-duanya lemas.
"Saya mendapat maklumat berkenaan kejadian ini kira-kira jam 4 petang semalam (Ahad). Ketika itu saya sedang bekerja di Muadzam Shah, Pahang.
"Sejurus sahaja mendapat tahu saya terus bergegas pulang dan sampai ke pantai ini kira-kira jam 8 malam tadi (Ahad). Saya memang tunggu di sini mana tahu anak saya 'balik' sementara yang lain menumpang di rumah saudara di Felda Air Tawar 1 dekat sini.
"Saya dimaklumkan oleh pengunjung di sini yang melihat kejadian itu, katanya anak saya mandi bersama lima rakan lain. Salah seorang telah naik ke darat kerana alami kekejangan.
"Tidak lama kemudian mereka melihat anak saya cuba menyelamatkan rakannya, Mohamad Imran Mohamad Nazir, 17, yang lemas sebelum dia turut ditarik ombak laut lalu hilang," katanya ketika ditemui di Pantai Batu Layar, pada Isnin.
Pada jam 1.26 petang Ahad, kedua-dua mangsa yang datang dari Kluang berkonvoi menaiki motosikal untuk meluangkan masa sempena cuti Tahun Baharu Cina bersama empat rakan mereka di pantai tersebut.
Kedua-duanya lemas sebelum mayat Mohamad Imran ditemukan pada Ahad manakala Hani Suefyan hilang dan ditemukan mayatnya pada 5.20 petang Isnin.
Hanizam berkata, Hani Suefyan yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu tahu berenang namun tidak terlalu mahir.
Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa anaknya itu pada minggu lalu sebelum pergi bekerja di Muadzam Shah.
"Saya merupakan pengurus ladang hanya balik hujung minggu. Jadi memang jarang jumpa, kali terakhir jumpa dia pada minggu lepas masa itu dia seperti biasa sahaja tak ada tunjuk apa-apa perubahan.
"Saya juga dimaklumkan ibunya, dia meminta izin untuk ke Mawai namun tak tahu pula boleh sampai ke pantai ini. Dia pergi dengan membonceng motosikal rakannya," katanya lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 23 2023
Anggota bomba mengusung mayat Hani Suefyan selepas ditemukan di Pantai Batu Layar, Kota Tinggi, pada jam 5.20 petang Isnin. - Foto PDRM
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
Bayi lelaki enam bulan maut dipercayai lemas dalam selimut
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau di sini pagi tadi.
Pemancing hilang ditemukan lemas di Langkawi
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menyeberangi jambatan kayu 'Water Breaker' Kuala Chenang di Langkawi, malam semalam, ditemukan lemas petang tadi.
Banjir Kedah: Jasad pengawal keselamatan lemas ditemukan tersangkut pada reba kayu
Jasad mangsa ditemukan tersangkut pada reba di tebing sungai, kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.
Dua warga emas korban baharu banjir di Kelantan - Polis
Dua lelaki warga emas lemas di Machang, hari ini menjadikan korban banjir di negeri ini meningkat kepada lima orang setakat ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Lelaki autistik ditemukan lemas
Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat Muhammad Helmi Azman, 26, pada 11.44 pagi.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Warga emas korban banjir pertama di Terengganu
Tuan Jusoh Tuan Hassan, 66 tahun, dilaporkan pergi ke kawasan sawah padi kira-kira jam 8.15 pagi untuk memukat ikan bersama tiga lagi rakannya.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.