awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tampil sugul di mahkamah, Kamal Adli sukar ulas nasib perkahwinan dengan Uqasha Senrose: “Kalau tiada jodoh, Wallahu’alam”
Meta nafi dakwaan kebocoran data 17.5 juta akaun Instagram
xAI rancang bangunkan AI kuasai robot seperti Tesla Optimus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa lemas di Lata Hammer ditemui

Ifti Femida
Ifti Femida
30/03/2022
09:02 MYT
Mangsa lemas di Lata Hammer ditemui
Mayat Haneef Abdul Hafidz yang lemas ketika mandi di air Terjun Lata Hammer di sini ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 10 pagi tadi. - JBPM
BENTONG: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di air terjun Lata Hammer di sini, pada Ahad lalu ditemukan lemas hari ini.
Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, mayat Haneef Abdul Hafidz, 22, dari Taman Selaseh Jaya, Batu Caves, Selangor ditemukan pasukan penyelamat kira-kira jam 10 pagi tadi.
"Kita menemui mangsa kira-kira 100 meter dari tempat mangsa lemas.
"Mayat mangsa dibawa keluar dari kawasan air terjun untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya," katanya di sini hari ini.
Dalam kejadian Ahad lalu, kegembiraan enam lelaki mandi air terjun bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas di air terjun berkenaan.
Pasukan bomba menerima maklumat jam 3.35 petang mengenai sekumpulan lelaki mandi di kawasan air terjun terbabit, dengan dua daripada mereka dilaporkan lemas.
Mangsa pertama, Hairul Zaman Abdul Jalil, 22, dari Kampung Changkat di Gombak, Kuala Lumpur ditemukan pada pukul 8.16 malam hari yang sama.
Kawasan tersebut hanya boleh dilalui dengan menaiki motosikal dan berjalan kaki selain tiada liputan komunikasi.
Topic Berkaitan
#mangsa lemas
#Lata Hammer
#JBPM
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan