awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Machado dakwa “boleh harap pada Presiden Trump” selepas pertemuan di White House
[KOLUMNIS] Amalan hari Jumaat dalam tradisi masyarakat Melayu
Machado dedah 'serah' Hadiah Nobel Keamanan kepada Presiden Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa sindiket emas lelong, pesara wanita hilang simpanan RM175,305

Bernama
Bernama
12/10/2025
15:45 MYT
Mangsa sindiket emas lelong, pesara wanita hilang simpanan RM175,305
Menurutnya mangsa diminta membuat bayaran awal RM655 bagi urusan harga emas dan caj penghantaran, sebelum diarahkan melakukan 35 transaksi ke beberapa akaun bank berbeza. - Foto hiasan
KULAI: Seorang pesara swasta kerugian RM175,305 selepas dipercayai terperdaya dengan sindiket penipuan jualan emas lelong menerusi dalam talian pada 10 Sept lepas.
Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata wanita berusia 55 tahun itu tertarik dengan iklan di Facebook yang menawarkan jualan emas 916 secara lelong sebelum menekan pautan yang disediakan.
"Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram menggunakan nama 'Pajak Gadai Lelong Emas 916' dan berminat membeli rantai tangan emas berharga RM75 sebelum berurusan dengan seorang individu dikenali sebagai Nurul Aliya," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya mangsa diminta membuat bayaran awal RM655 bagi urusan harga emas dan caj penghantaran, sebelum diarahkan melakukan 35 transaksi ke beberapa akaun bank berbeza.
"Keseluruhan bayaran berjumlah RM175,305 itu dibuat antara 6 Okt hingga semalam, kononnya bagi membayar pelbagai caj termasuk cukai kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), duti eksais dan beberapa bayaran lain.
"Mangsa hanya menyedari ditipu apabila terus diminta membuat bayaran tambahan sebelum tampil membuat laporan polis semalam," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket emas lelong
#Polis Daerah Kulai
#pesara swasta
#dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan