Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan manifesto Barisan Nasional yang dilancarkan malam ini bukan hanya sekadar satu manifesto sebaliknya adalah satu akujanji kepada rakyat yang merupakan ketua sebenar kepada parti itu.
"Saya tidak mahu kata manifesto kerana pembangkang kata manifesto bukan janji, sebab itu nama manifesto tidak berapa sesuai.
"Saya nak kata bukan manifesto tetapi akujanji kepada rakyat Malaysia," kata Pengerusi BN itu semasa ketika berucap pada Perhimpunan Janji 1Malaysia Rakyat Didahulukan di Stadium Putra Bukit, Bukit Jalil di sini, malam ini.
Najib juga mengingatkan pemimpin BN bahawa parti itu adalah sebuah parti yang mendahulukan rakyat dan parti yang berkhidmat kepada rakyat.
"Rakyat adalah ketua kepada parti BN, sebab itu kita berpegang kepada prinsip bahawa tidak ada parti yang lebih mulia daripada berkhidmat kepada rakyat," katanya.
Menurut Najib, oleh kerana manifesto atau akujanji itu adalah dokumen yang penting, ia perlu dilancarkan dalam sebuah perhimpunan dan disiarkan secara langsung supaya rakyat seluruh negara boleh menghayati isi kandungannya.
"Mereka boleh meneliti apakah komitmen BN kepada rakyat," katanya.
"Biarlah pembangkang kata manifesto bukan janji, kalau bukan janji, apa guna bentang manifesto yang baru, apa faedah bentang manifesto baru.
"Kepada BN, manifesto adalah satu perkara yang serius," katanya.
Majlis itu dihadiri oleh para pemimpin BN daripada semua parti komponen serta para penyokong yang membanjiri stadium berkenaan sejak tengahari.
Dalam ucapannya, Najib turut membidas Pakatan Rakyat dan menyifatkan manifesto mereka sebagai sebuah "fantasi dan khayalan" yang hanya menabur janji sesuka hati.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sekiranya janji pembangkang dilaksanakan maka defisit negara akan melambung kepada 11.5 peratus manakala hutang negara juga akan melonjak.
"Kita tidak boleh beri mereka peluang untuk mentadbir negara sebab tidak ada apa yang telah mereka lakukan dalam tempoh lima tahun lepas," katanya.
Dalam pada itu, Najib menyifatkan perhimpunan malam ini cukup luar biasa dan paling hebat sepanjang 37 tahun beliau terlibat dalam politik.
Katanya, perhimpunan malam ini bukan sahaja untuk memperlihatkan BN adalah parti yang terkuat di negara ini, tetapi adalah malam yang serius untuk memberitahu kepada rakyat keupayaan BN untuk terus diberi mandat menerajui negara pada PRU13.
Astro Awani
Sat Apr 06 2013
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.