awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manila sangat istimewa dan bukanlah kota asing buat saya secara peribadi - Anwar

Bernama
Bernama
02/03/2023
15:03 MYT
Manila sangat istimewa dan bukanlah kota asing buat saya secara peribadi - Anwar
Anwar berkata lawatan itu turut mengimbau kenangan lampau ketika beliau sering ke kota berkenaan semasa masih menuntut ilmu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menamatkan lawatan rasmi dua hari ke Filipina hari ini, menyifatkan ibu kota negara itu, Manila, sangat istimewa bagi dirinya.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata lawatan itu turut mengimbau kenangan lampau ketika beliau sering ke kota berkenaan semasa masih menuntut ilmu.
"Manila sangat istimewa dan bukanlah kota asing buat saya secara peribadi," kata Perdana Menteri.
Katanya beliau sering berkunjung ke Manila semasa masih bergelar mahasiswa dan Universiti Filipina (UP) adalah tempat yang pasti dikunjungi.
Beliau berkata kunjungan ke UP adalah bagi mengadakan perbincangan berkaitan pelbagai hal bersama sahabat-sahabat di kota itu.
Terdahulu, Perdana Menteri dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang atau honoris causa oleh UP pada majlis yang diadakan di Dewan Villamor universiti itu.
Menurut kenyataan universiti itu, Anwar dianugerahkan ijazah kehormat berkenaan kerana menjadi sarjana dan memiliki kepakaran antarabangsa dalam bidang ekonomi, demokrasi, kebebasan, tadbir urus, Islam, demokrasi serta keperluan akauntabiliti.
Ijazah kehormat itu disampaikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tinggi Pendidikan Filipina J. Prospero E. De Vera III serta Presiden dan Pengerusi Bersama Lembaga Regen UP Angelo A. Jimenez.
Anwar tiba di Manila semalam untuk lawatan rasmi dua hari, iaitu lawatan rasmi kelimanya ke negara ASEAN sejak dilantik sebagai Perdana Menteri akhir tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ASEAN
#Facebook
#Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan