awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS P. Pinang rampas daging kerbau sejuk beku India bernilai lebih RM262,000

Bernama
Bernama
13/04/2022
09:27 MYT
MAQIS P. Pinang rampas daging kerbau sejuk beku India bernilai lebih RM262,000
Kesemua dagangan tersebut telah ditahan oleh pihak MAQIS untuk tindakan selanjutnya kerana penggunaan maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan. - Sinar Harian
BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas sebanyak 2,516 kotak daging kerbau sejuk beku dari India kerana penggunaan maklumat yang tidak tepat serta mengelirukan, Sabtu lepas (9 April).
Pengarahnya Muhammad Ikram Abd Talib berkata, pasukan penguat kuasa telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah kontena yang membawa produk ruminan daging kerbau sejuk beku di Pelabuhan Pangkalan Kontena Utara Butterworth (NBCT) sebelum merampasnya untuk tindakan lanjut.
"Hasil pemeriksaan mendapati keseluruhan dagangan diimport dari India itu merupakan bahagian kerbau terdiri daripada 1,000 kilogram (kg) hock tendon, ekor (2,988 kg), hati (6,000kg) dan 17,000 kg jantung yang dianggarkan bernilai RM262,079.63.
"Kesemua dagangan tersebut telah ditahan oleh pihak MAQIS untuk tindakan selanjutnya kerana penggunaan maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
Beliau berkata MAQIS sentiasa melakukan pemeriksaan ke atas keluaran pertanian import di setiap pintu masuk negara bagi memastikan ia bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar, serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maqis
#Daging sejuk beku
#pulau pinang
#daging kerbau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan