awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kotak hitam nahas pesawat yang ragut nyawa jeneral Libya akan dihantar ke Jerman
Lebih banyak tangkapan dalam skandal pertaruhan bola sepak di Turkiye - Laporan
AS percaya normalisasi hubungan Rusia-Eropah boleh dicapai melalui ekonomi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS Perak gagalkan cubaan bawa masuk kaktus di pejabat pos

Aida Aziz
Aida Aziz
09/02/2021
03:48 MYT
MAQIS Perak gagalkan cubaan bawa masuk kaktus di pejabat pos
Keluaran pertanian itu ditahan selepas pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak MAQIS di pusat mel dan kurier. - Foto MAQIS
IPOH:Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk pokok kaktus di Pejabat Pos Besar Ipoh, di sini pada Isnin.
Menurut Pengarah MAQIS Perak, Rozita Superman, keluaran pertanian itu ditahan selepas pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak MAQIS di pusat mel dan kurier.
Katanya, hasil pemeriksaan yang dilakukan dengan kerjasama daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendapati terdapat satu kotak berisi 50 pokok pelbagai jenis kaktus yang diimport dari negara Thailand.
"Ia dianggarkan bernilai RM4,000 dan ditahan untuk tindakan lanjut kerana tiada sebarang dokumen permit import yang sah daripada Jabatan MAQIS dan sijil fitosanitasi.
"Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit import dikeluarkan MAQIS adalah merupakan suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 11(2) Akta yang sama," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Tegasnya, pihak MAQIS akan mengambil tindakan yang tegas bagi mana-mana individu yang cuba membawa masuk sebarang barang pertanian.
Ia bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar.
Topic Berkaitan
#Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia
#maqis
#Pejabat Pos Besar Ipoh
#seludup kaktus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan