awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAQIS rampas 640kg cili merah dari China tiada permit import

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
23/09/2020
11:20 MYT
MAQIS rampas 640kg cili merah dari China tiada permit import
Terdapat 102 bakul cili merah besar di dalam sebuah kontena sayuran dari China yang tidak mempunyai permit import. - MAQIS
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 640 kilogram cili merah dari China dalam pemeriksaan di pintu masuk Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT).
Jurucakap Maqis negeri berkata, rampasan itu dibuat pihaknya pada jam 8.40 pagi Selasa selepas produk itu didapati diimport tanpa permit yang sah.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 102 bakul cili merah besar di dalam sebuah kontena sayuran dari China yang tidak mempunyai permit import.
“Cili yang dirampas itu dianggarkan seberat 640.4 kilogram (kg) dan bernilai RM3,301.64,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta728)
Menurut Jurucakap berkenan, hasil pertanian itu memerlukan permit import bagi mengawal lalat perosak buah cili atau Bactrocera latifrons dan memastikan penggunaan sisa racun makhluk perosak yang mematuhi piawaian.
Topic Berkaitan
#Butterworth
#China
#cili merah
#Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia
#maqis
#NBCT
#pulau pinang
#rampasan
#terminal kontena
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan