awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maqis rampas daging kerbau sejuk beku dari India lebih RM500,000

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
13/04/2021
12:56 MYT
Maqis rampas daging kerbau sejuk beku dari India lebih RM500,000
Hasil pemeriksaan mendapati, kesemua konsainan itu tidak mematuhi syarat permit import yang dikeluarkan Maqis. - Gambar/ Maqis
BUTTERWORTH: Sebanyak 70 tan daging kerbau sejuk beku dari India yang dibawa masuk ke negara ini tanpa permit sah dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) pada Isnin.
Empat kontena membawa 2,826 kotak daging kerbau sejuk beku yang dianggarkan bernilai itu RM614,605.25 ditahan semasa pemeriksaan rutin di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth pada jam 2.20 petang.
Pengarah Maqis Pulau Pinang, Noriah Dahlan berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati, kesemua konsainan itu tidak mematuhi syarat permit import yang dikeluarkan Maqis.
"Syarikat tersebut gagal mempamerkan maklumat yang dikehendaki pada syarat import permit yang telah diluluskan.
"Kesemua dagangan tersebut telah ditahan oleh pihak Maqis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Jelasnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728), yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 15(2) akta yang sama.
Noriah berkata, Maqis sentiasa memantau semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi pertanian, ikan dan haiwan yang masuk atau keluar dari negara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Katanya, pemeriksaan itu juga bagi memastikan pengimport sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan selain memastikan keselamatan semua bekalan makanan dan dagangan yang masuk ke negara ini.
Topic Berkaitan
#Daging sejuk beku
#India
#maqis
#pulau pinang
#kontena
#daging kerbau
#Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan