awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maqis serah daging sejuk beku kepada Penjara Penor

Bernama
Bernama
07/07/2021
04:15 MYT
Maqis serah daging sejuk beku kepada Penjara Penor
Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim (dua kanan) menyerahkan 34 karton daging kerbau sejuk beku yang dilucutkan hak kepada wakil Penjara Penor, Pahang, Suhairi Johar (dua kiri) di Pusat Siasatan Lanjutan (FIC), Pelabuhan Klang. - Foto Maqis Selangor
SHAH ALAM: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyerahkan 680 kilogram daging kerbau sejuk beku yang telah dilucutkan hak kepada Penjara Penor, Pahang semalam untuk dijadikan sumber makanan ternakan ikan keli.
Maqis memberitahu penyerahan tersebut membabitkan 34 karton daging kerbau sejuk beku dari India dengan nilai anggaran RM11,710.37 yang didapati tidak mematuhi prosedur pengimportan melalui Pelabuhan Klang Barat.
Menurutnya, penyerahan produk membabitkan hasil rampasan sejak April lepas adalah untuk dijadikan sumber makanan ternakan ikan keli di bawah program rehabilitasi banduan di penjara yang dibuat oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia.
Jelasnya, kesemua serahan itu adalah daripada hasil sitaan pengimportan keluaran pertanian yang melalui proses lucut hak di bawah Seksyen 15 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
"Inisiatif ini diharap dapat membantu pihak berkenaan dari segi menyediakan bekalan sumber makanan kepada haiwan ternakan," menurut Maqis dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Maqis memaklumkan pihaknya sentiasa prihatin dalam membantu agensi yang memerlukan serta memastikan bekalan makanan haiwan yang diimport mencukupi dan dalam masa sama terus memastikan isu yang melibatkan aspek halal, keselamatan makanan, kawalan penyakit serta risiko kemasukan perosak berbahaya yang boleh mengancam industri pertanian dan penternakan negara dapat dikawal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Halal
#sejuk beku
#maqis
#penjara
#import
#daging
#Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia
#Penjara Penor
#makanan ternakan
#ikan keli
#tidak patuh prosedur
#Pelabuhan Klang
#India
#rampasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan