SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan seekor anjing baka 'German Shepherd' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat lepas selepas nombor mikrocip pada haiwan itu didapati berbeza dengan dokumen permit import yang diisytiharkan.
Pengarah Maqis Selangor Zamri Hashim berkata kesalahan tersebut dikesan ketika pemeriksaan rapi pada dokumen dan fizikal haiwan itu dilakukan di kawasan pemeriksaan Maqis KLIA pada kira-kira 2.30 petang dan haiwan tersebut kini ditahan dan dikuarantin untuk tindakan lanjut.
Mengimport haiwan kesayangan dengan mengisytiharkan maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan katanya.
"Maqis sentiasa teliti dalam melakukan pemeriksaan bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau dieksport bagi mengawal dan menjaga biosekuriti dan kawalan penyakit serta keselamatan makanan dalam negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 18 2021

Haiwan tersebut kini ditahan dan dikuarantin untuk tindakan lanjut. - Foto BERNAMA

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Projek Sakit | KPKT teliti lebih 500 projek rumah swasta terbengkalai
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti lebih 500 projek perumahan swasta yang dikenal pasti sebagai projek 'sakit' dan terbengkalai di seluruh negara.

10 Berita Pilihan - (28 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khairy Pecat | TMJ mungkin tawar jawatan kepada KJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin. Perkara itu dinyatakan oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince Of Johor, malam tadi.

Politik | Pemecatan dan penggantungan pemimpin UMNO ada kecacatan - Ismail Sabri
Terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.

Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).

Elak kongsi maklumat operasi SJR di aplikasi Waze - Polis
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat operasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pasukan itu menerusi aplikasi Waze.

Pembersihan UMNO | Ini bukan pengakhiran, hanya permulaan - Hishammuddin
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan penggantungannya selama enam tahun daripada UMNO bukan lah satu pengakhiran. Sebaliknya, ahli Parlimen Sembrong itu dalam satu rakaman video memberi bayangan bahawa ia satu permulaan baharu. Beliau menambah, perbincangan akan dilakukan dengan kepimpinan UMNO Sembrong bagi melihat langkah seterusnya, hala tuju serta tindakan susulan penggantungan tersebut.

Serangan Tehran | Segera bawa ke muka pengadilan
Malaysia menggesa agar pelaku serangan bersenjata di Kedutaan Republik Azerbaijan di Tehran pada 27 Januari segera dibawa ke muka pengadilan.

Maqis tolak kemasukan kapal bawa 160 tan kelapa kering dari Indonesia
Serangga perosak itu dikesan selepas pihaknya menahan sebuah kapal dagangan di Jeti Batu Pahat, Johor, pada Khamis.

Taktik campur daging lembu, kerbau dan babi dikesan
Dua taktik utama yang dikesan Maqis ialah menerusi pengikraran palsu dan menyembunyikan daging di sebalik produk yang diluluskan oleh agensi itu.

Maqis rampas produk tenusu, tuna bernilai RM45,000
Rampasan itu membabitkan 432 kotak produk tenusu dan 300 kotak tuna dalam tin.

120 kotak ekor lembu dari Brazil dirampas Maqis Pulau Pinang
Kontena tersebut ditahan oleh pihak Maqis selepas mendapati penggunaan maklumat yang tidak tepat serta mengelirukan.

Tuntutan palsu: Pegawai kanan dan bekas pegawai Maqis Kelantan direman SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang pengarah dan bekas timbalan pengarah Maqis.

MAQIS rampas 210 kg keratan ayam tanpa permit dari Singapura
Keratan ayam itu ditemukan di dalam bonet sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 30-an pada jam 9 malam.

MAQIS rampas sarang burung bernilai RM250,000
Hasil pemeriksaan mendapati 15 kotak gabus yang dibawa seorang lelaki warga Vietnam tidak mempunyai dokumen sah.

Kemasukan ayam bulat meningkat 80 peratus pada Jun
Kemasukan keratan ayam juga meningkat sebanyak 30 peratus bulan lepas kepada 10,200 tan metrik daripada 7,800 pada Mei.

Maqis tahan daging babi sejuk beku dari Sepanyol bernilai RM282,000
Maqis Selangor menahan sebuah kontena membawa daging babi sejuk beku dari Sepanyol bernilai RM282,000 di Pelabuhan Klang Utara, Shah Alam.

MAFI senarai jenis komoditi ayam dilarang eksport berkuat kuasa 1 Jun
Ia selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 23 Mei 2022 berkenaan langkah menghentikan eksport ayam berkuatkuasa 1 Jun 2022.