awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maqis tahan kemasukan mangga dari Thailand dikesan ada serangga perosak

Bernama
Bernama
13/12/2023
15:25 MYT
Maqis tahan kemasukan mangga dari Thailand dikesan ada serangga perosak
Penahanan itu dibuat selepas pemeriksaan rutin dijalankan pegawai penguasa MAQIS di laluan import Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang pada 6 Dis lepas. - Foto: MAQIS
PASIR MAS: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kelantan menahan kemasukan konsainan buah mangga dari Thailand kerana dikesan mempunyai serangga perosak disyaki daripada spesies Mango Pulp Weevil (Sternochetus Frigidus).
Pengarah MAQIS Kelantan Syed Fuad Syed Putra berkata penahanan itu dibuat selepas pemeriksaan rutin dijalankan pegawai penguasa MAQIS di laluan import Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang pada 6 Dis lepas.
"Kesemua barang dagangan yang dianggarkan bernilai RM8,640 itu telah ditahan untuk tindakan lanjut.
"Penahanan ini bertujuan menghalang dan mengawal kemasukan serangga perosak yang boleh melumpuhkan industri pertanian negara terutama melibatkan industri tanaman mangga tempatan," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Syed Fuad berkata kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] iaitu mengimport keluaran pertanian yang dipercayai mempunyai serangga perosak.
Jika sabit kesalahan, katanya boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.
"MAQIS sentiasa teliti dan cekap dalam menjalankan pemeriksaan terhadap keluaran pertanian yang diimport ke Malaysia bagi menjamin setiap keluaran pertanian tiada perosak, penyakit atau bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangga
#serangga perosak
#Thailand
#maqis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan