awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MARA Kelantan salur peruntukan RM11.8 juta menerusi PEMULIH

Bernama
Bernama
13/09/2021
00:40 MYT
MARA Kelantan salur peruntukan RM11.8 juta menerusi PEMULIH
Inisiatif mengecualikan bayaran sewa premis selama tiga bulan memberi manfaat kepada 521 penyewa premis MARA Kelantan dengan kesan kewangan RM1.5 juta.
KOTA BHARU: Majlis Amanah Rakyat (MARA) Kelantan meluluskan peruntukan sebanyak RM11.8 juta kepada 217 usahawan di negeri ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Ahli Majlis MARA Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad berkata peruntukan yang disalurkan menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) itu meliputi pembiayaan MARA seperti Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE), Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPIM), Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) dan Skim DanaNITA.
"Bagi Skim DanaNITA, sehingga kini sebanyak RM810,000 diluluskan, sekali gus memberi manfaat kepada 30 usahawan wanita negeri ini manakala untuk S3P pula sebanyak RM2.48 juta dengan memberi manfaat kepada 80 usahawan di Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan tambahan PEMULIH di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Md Alwi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, berkata MARA Kelantan turut membantu usahawan di bawah agensi itu dengan mengecualikan bayaran sewa premis selama tiga bulan bermula Julai lepas hingga September ini.
"Bermula Oktober hingga Disember pula, mereka hanya perlu membayar 30 peratus bayaran sewa.
"Sejak inisiatif ini dilaksanakan, saya difahamkan seramai 521 penyewa premis MARA Kelantan mendapat manfaat dengan kesan kewangan sebanyak RM1.5 juta," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Md Alwi Che Ahmad
#terjejas akibat pandemik
#peruntukan untuk usahawan
#MARA Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan