Seramai 399 pendidik Institusi Pendidikan Mara (IPMa) yang memiliki kelulusan peringkat doktor falsafah (PhD) berjaya dilahirkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme dan kompetensi golongan pendidik organisasi berkenaan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usaha berkenaan merupakan antara inisiatif dilaksanakan bagi mengekalkan kemampanan sistem pendidikan Mara ke tahap yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan global.
Beliau berkata daripada 11,035 pendidik Mara, 2,366 individu pula memiliki kelulusan peringkat sarjana.
"Usaha penambahan bilangan ini diteruskan dengan 346 pendidik IMPa sedang mengikuti program PhD dan 769 pendidik di peringkat sarjana.
"Terkini, Mara telah meluluskan 21 pendidik daripada IKM (Institut Kemahiran Mara) untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Automotif di UniKL," katanya pada sambutan Hari Pendidik Mara 2017, di sini malam tadi.
Turut hadir, dua Timbalan Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Pengerusi sementara Mara Datuk Dr Yusof Yacob serta Ketua Pengarah Mara Datuk Azhar Abdul Manaf.
Ismail Sabri berkata 15 pensyarah daripada Kolej Profesional Mara (KPM) dan Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) bakal ditaja Mara bagi mengikuti persijilan profesional Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) mulai Julai ini melalui kerjasama yang telah ditandatangani.
Beliau berkata Mara telah menyediakan satu ekosistem pendidikan terbaik di negara ini meliputi pelbagai peringkat pendidikan bermula daripada pendidikan prasekolah, pendidikan menengah serta program di peringkat sijil sehingga ijazah.
"Di samping itu, bagi laluan akademik, Mara menawarkan program melalui institusi pendidikan seperti Kolej Mara, KPM, Kolej Poly-Tech Mara, KUPTM dan UniMara," katanya.
Pada majlis itu, 25 pendidik Mara menerima anugerah di atas kecemerlangan mereka melaksanakan tanggungjawab dalam pelbagai bidang pengajian.
Ismail turut menyampaikan anugerah khas Tokoh Pendidik Mara 2017 kepada Datuk Abd Rahim Hashim, yang merupakan penggerak utama dalam memperkenalkan program peringkat diploma di Kolej Kemahiran Tinggi Mara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2017
Pada majlis malam tadi, 25 pendidik Mara menerima anugerah di atas kecemerlangan mereka melaksanakan tanggungjawab dalam pelbagai bidang pengajian.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.